CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6295|Reply: 43

Ibu Tunggal Tebal Muka Pergi Balai Polis, Anak Kecil 3 Orang Tak Makan- Mujur Un

[Copy link]
Post time 13-1-2021 08:22 AM | Show all posts |Read mode
Ketika kita enak menikmati makanan lima kali sehari, tanpa kita sedari ada keluarga yang berlapar tanpa ada sedikit pun makanan untuk dijamah.


Lihat sahaja perkongsian para aktivis di media sosial, betapa sebenarnya ramai lagi keluarga yang dikategorikan sebagai miskin.


Ada yang terpaksa mencatu makanan, namun ada juga yang terpaksa meminta simpati orang lain, sebagaimana kisah seorang ibu tunggal yang dikongsikan oleh aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang.


Kredit foto: FB




"Sedih... dia berani redah balai polis minta makanan. Suaminya sudah meninggal dan dia sudah kehilangan kerja kilang selama satu bulan. Ada tiga anak kecil berusia lima, empat dan tiga tahun. Emaknya tua, seorang pesakit yang kini berada di HKL.


"Kesian... pukul 10 malam dia masih tak makan dengan anak-anaknya. Perempuan India ini berani dan nekad pergi redah Balai Polis Sungai Buloh minta dibantu kerana dia yakin dan pasti balai polis boleh bantu.


"Nak call JKM dah tutup ofis. Call Talian Nur? Bukan boleh hantar makanan on the spot. Anak-anak kecil menangis di rumah. Nasib baik polis ada nombor telefon kita. Pegawai polis call saya untuk pergi ke balai polis dan bantu," tulis Uncle Kentang pada satu posting di Facebook.


Cerita Uncle Kentang, tanpa berlengah dia segera menuju ke Balai Polis Sungai Buloh untuk membantu ibu tunggal berkenaan.


Sebak mendengar kisah ibu kepada tiga anak yang masih kecil itu, Uncle Kentang bukan sahaja menghulurkan bantuan berupa wang tunai, malah mahu membelikan sebuah peti sejuk untuk wanita tersebut demi kemudahannya sekeluarga.


"akai selipar ke balai. Bawa duit selesaikan kelaparan. Kita 'kawtim' semalam on the spot. RM500 diberi. Saya tanya rumah ada apa. Apa pun tak ada. Tak apa nanti saya bagi peti sejuk.


"Kerana ia penting untuk simpan ubat insulin mak. Simpan ubat bukan simpan sayur. Senyum dia. Datang balai polis, dapat peti sejuk. Akan kita belikan hari ini (Selasa). Besok PKP," cerita aktivis kebajikan itu lagi.


Kredit foto: FB




Dalam perkongsian tersebut juga Uncle Kentang turut memuji tindakan pegawai polis di balai berkenaan kerana 'menyelamatkan' tiga kanak-kanak kecil yang sedang kelaparan.


"Tabik pada abang-abang polis semua yang boleh mengarahkan wanita itu tinggalkan balai polis tapi tak sampai hati, lantas hubungi kita. Semoga kamu semua dirahmati Tuhan.


"Tahniah kerana kamu menyelamatkan tiga anak kecil yang dalam kelaparan. Walaupun ia bukan skop tugas hakiki polis, kamu telah pamerkan nilai agama dan mutu perkhidmatan yang tinggi dan cemerlang. Nanti kita bagi surat penghargaan dari Uncle Kentang," katanya lagi.


Sehingga kini posting tersebut meraih lebih 100 perkongsian di Facebook selain dibanjiri ratusan komen netizen.


Ada di antara mereka menyifatkan wanita itu melakukan tindakan yang betul dan tidak mencuri walaupun sungguh terdesak.


"Itulah yang terbaik. Susah macam mana pun, pergilah minta bantuan dekat mana-mana pun dengan cara baik. InsyaAllah akan ada orang yang akan bantu. Jangan merompak, ragut atau buat benda-benda yang tak elok kan," komen seorang netizen.


"Ini bari betul caranya, bukan pregi mencuri atau minta sedekah. Pergi balai insyaAllah ada jalan penyelesaian," komen seorang netizen lain. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Korg tgk la impact pkp kat manusia...korg terlalak2 mintak pkp berbulan2 sbb walau korg x keje gaji korg masih masuk..yg keje gaji harian, kena buang keje, tmpt keje tutup gaji yelek korg rasa mcm mana diorg nk survive?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 08:56 AM | Show all posts
krustykrab replied at 13-1-2021 08:45 AM
Korg tgk la impact pkp kat manusia...korg terlalak2 mintak pkp berbulan2 sbb walau korg x keje gaji  ...

dlm ekonomi kita panggil kos lepas
so pilih

1. nak ramai mati/operasi hospital lumpuh

              ATAU

2. ramai kena buang keja
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 13-1-2021 08:56 AM
dlm ekonomi kita panggil kos lepas
so pilih


Apa pun pilihannya...org2 susah akn alami impact yg paling teruk dlm hidup mrk...jd kita jgn selfish sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:01 AM | Show all posts
aku suka ankel kentang ni
tolong orang takde nak post meratap hiba, letih penat segala
takde nak  tunjuk bidadari syurga
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 13-1-2021 08:45 AM
Korg tgk la impact pkp kat manusia...korg terlalak2 mintak pkp berbulan2 sbb walau korg x keje gaji  ...

Mmg la. Sbb tu kita kena marah wuhan. Nafsu penduduk wuhan nak mkn bnd2 pelik2 menyebabkan covid ni terhasil.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2021 09:26 AM | Show all posts
krustykrab replied at 13-1-2021 09:01 AM
Apa pun pilihannya...org2 susah akn alami impact yg paling teruk dlm hidup mrk...jd kita jgn selfi ...

baru sikit ujian kena buang keja banding impak lg besar melarat & mudarat
ramai mati

hospital lumpuh

kos akan jadik lebih tinggi

makin ramai yg di jangkiti (rakyat, menteri )

etc impak

haa sambung

hujung gomen suma lumpuh

suma lingkup dek kerana segelintir rakyat yg mengeluh kena buang keja bagai


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 13-1-2021 09:26 AM
baru sikit ujian kena buang keja banding impak lg besar melarat & mudarat
ramai mati


Segelintir?
Tak de rasa empati langsung ke kat golongan susah?mati krn kobid atau tgk je family mati x cukup makan atau bunuh diri sbb depress...haaaa pilih
Bila kene buang keje tu maksudnya apa? Ekinomi pun dh tak blh bergerak..lingkup jgk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 09:39 AM | Show all posts
helicornia replied at 13-1-2021 01:01 AM
aku suka ankel kentang ni
tolong orang takde nak post meratap hiba, letih penat segala
takde nak   ...

semoga uncle ni sentiasa sihat agar dapat membantu ramai org
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:40 AM | Show all posts
krustykrab replied at 13-1-2021 09:30 AM
Segelintir?
Tak de rasa empati langsung ke kat golongan susah?mati krn kobid atau tgk je family m ...

So mane lebih mudarat?
no need pkp biarkan lebih ramai mati di jangkiti

biarkan semua sistem lumpuh negara huru hara & lingkup  

hujung2 salah kan gomen mismanage

macam tu kan baru puas hati






Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 13-1-2021 09:40 AM
So mane lebih mudarat?
no need pkp biarkan lebih ramai mati di jangkiti


Mcm mana ko nk kata yg ini mudarat lebih kt ko tapi  less mudarat kt org lain dan sebaliknya..
Ko tutup aktiviti ekonomi pun ttp negara akn lumpuh..unless ko pekerja gomen ataupun ko still dpt gaji wpun ofis ko tutup.
Bantuan?selama mana ko sanggup bg bantuan..ujung2 ko perlekehkn usaha org tu nk cari rezeki..

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 13-1-2021 08:45 AM
Korg tgk la impact pkp kat manusia...korg terlalak2 mintak pkp berbulan2 sbb walau korg x keje gaji  ...

So mana lebih mudharat ko rasa?
Hospital semua lumpuh sbb penuh pesakit covid
Sampaikn org yg sakit lain pon xdapt dirawat?
Atau dorg dpt keje lepas tu sakit ke kena covid ke tp xleh warded jugak sbb hospital gomen penuh n nak gi swasta x mampu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:57 AM | Show all posts
krustykrab replied at 13-1-2021 09:50 AM
Mcm mana ko nk kata yg ini mudarat lebih kt ko tapi  less mudarat kt org lain dan sebaliknya..
Ko ...

So no need pkp

biarkan jer negara lumpuh

katil hospital penuh

ekonomi suma lagi lingkop
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 13-1-2021 09:50 AM
Mcm mana ko nk kata yg ini mudarat lebih kt ko tapi  less mudarat kt org lain dan sebaliknya..
Ko ...

Mudharat kepada org ramai atau individu ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya
Moga Allah bls kebaikn manusia2mcm uncle, ebit liew , syed azmi , hatipah abu , maszlee,raja syamri  , lando , dan ngo2 lain dan org perseorangan yg xhenti2 menyumbg untuk bantu golongan terjejas..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:06 AM | Show all posts
semua kena mainkan peranan dlm hal ni. kerajaan perlu bantu rakyat yg susah, dlm masa yg sama kerajaan kena take action tuk kes covid yg mendadak. kita pun kena buat peranan kita, jg diri,, stay safe, jgn heboh asik ke hotel sana sini. pasal2 org jenis mcm ni, kes naik, pastu org yg mmg susah, bila kena pkp, dorg makin susah. org yg mkn gaji mcm kita, habis2 pun pkp ni masih boleh WFH.. gituu.. panjang akak membebel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 10:26 AM | Show all posts
senyap tak berkutik @krustykrab
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab: Apa pun pilihannya...org2 susah akn alami impact yg paling teruk dlm hidup mrk...jd kita jgn selfish sgt..



Yg kaya raya tetap flex kemewahan kat medsos. Berbelanja macam duit xhabis 7 keturunan. Andaikata semua sesama membantu......
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:46 AM | Show all posts
terima kasih  ankel kentang + abam pulis.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya akak ni nekad la minta bantuan dgn polis.
Kesian.
Moga dia dpt keje lain dan boleh sara hidup keluarga dia lepas ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.403709 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list