CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1762|Reply: 8

Usia Mi Goreng Lorong Bangkok Lebih ‘Tua’ Dari Malaysia - FMT

[Copy link]
Post time 4-1-2021 09:24 AM | Show all posts |Read mode

Mi goreng Lorong Bangkok, resepi tradisi 80 tahun.


Tsen Ee Lin

PULAU TIKUS: Di sebalik bunyi senduk berlaga dengan kuali dan suara yang petah berbual dalam bahasa Hokkien, peniaga Mahboobin Zakaria, 67, tangkas menyiapkan mi goreng yang sejarahnya menjangkaui kemerdekaan negara kita.

Resipi mi goreng yang diusahanya masih mengekalkan tradisi 80 tahun ketika pertama kali diniagakan ayahnya pada 1945, dengan sejarah di sebaliknya juga tidak kurang menarik.

Lebih ‘tua’ dari usia kemerdekaan Malaysia, mi goreng resipi ayahnya itu dijual ketika Jepun masih menjajah di Pulau Pinang dan menjamahnya tidak ubah seperti merasakan sedikit sejarah kaya negeri itu.


Harga yang ditawarkan sangat berpatutan serta artikel akhbar yang memuji keenakan mi gorengnya.


Bermula dengan hanya menjaja dari gerai di Lorong Bangkok, ayah Mahboobin Zakaria meniaga mi gorengnya sehingga dihalau penjajah British ketika itu yang menyebabkan dia terpaksa berpindah lokasi perniagaan.

Dia akhirnya mendapat lokasi tetap di Lorong Bangkok bertentangan dengan tapak niaganya sebelum ini.


Mahboobin tersenyum sambil mengakui perbualan dengan pelanggan antara perkara paling menyeronokkan.


Mi goreng Lorong Bangkok kemudian beroperasi dari Kafe Seng Lee, kedai kopi yang ketika itu baru dibina. Sehingga hari ini, selepas diturunkan dari bapa ke anak lelaki selama tiga generasi, mi goreng Lorong Bangkok terus dapat dinikmati pelanggan.

Ramai pelanggan masih berkunjung ke situ setiap minggu bukan saja untuk menikmati air tangan Mahboobin, malah menemuinya untuk berbual-bual.


Antara pelanggan yang mengunjungi kedai mi goreng Mahboobin.


Mahboobin, yang kini berusia 67 tahun berkata, beliau menggoreng mi di gerai itu sejak berusia 15 tahun.

“Dulu saya datang membantu ayah sebaik habis sekolah sehingga akhirnya pada 1970 saya terus mengambil alih perniagaan ini,” katanya.

Selepas beberapa dekad, Mahboobin sudah mengenali pelanggan yang kerap mengunjunginya malah sudah menghafal apa yang digemari pelanggan tanpa perlu meminta pesanan.

Selain layak digelar ‘raja’ mi goreng, Mahboobin juga boleh menguasai pelbagai bahasa. Dia begitu petah berbual dengan pelanggan dalam bahasa Inggeris, Melayu malah juga Hokkien.


Mahboobin berbual dengan pelanggan seketika, sambil Sabik mengambil alih tugas menggoreng mi.


Mahboobin berkata, dia belajar bercakap Hokkien selepas bertahun-tahun mendengar dan berbual dengan pelanggan serta pemilik kafe yang berbangsa Cina. Malah, mengakui bakat itu membolehkan dia memastikan perkhidmatan diberikan lebih pantas selain hubungan baik dengan pelanggan.

“Semua orang begitu mudah ketawa dan kami seronok berbual-bual. Saya layan mereka semua seperti rakan.” katanya sambil tersenyum.

Sayangnya, selepas bertahun-tahun berdiri memasak untuk tempoh yang lama, Mahboobin kini tidak upaya lagi mengusahakan perniagaan itu sepenuh masa dan terpaksa menyerahkan tugas tersebut kepada anaknya, Sabik Ahamed.


Tauhu dan bahan lain antara pelengkap rasa mi goreng.


Mi dan bihun yang dimasak dalam kuali panas mempunyai rasa perisa unik hasil tiga jenis kuah campuran kentang, cili kering dan sos tomato.

“Semua sos dibuat setiap pagi antara 4 hingga 5 pagi, dan saya sendiri datang membantu membuatnya,” kata Mahboobin.

Beliau merasa sendiri sos berkenaan setiap hari untuk memastikan rasanya tetap sama lazat dengan apa yang dihidangkan 80 tahun lalu.

Campuran sos berkenaan memberikan gabungan rasa manis dan berempah yang cukup memuaskan.


Sekali cedok dengan sudip, mi goreng yang lazat sudah boleh dibawa pulang pelanggan yang lapar.


Setiap pinggan mi juga tidak kedekut perencahnya, dengan kentang, tauhu, sotong dan taugeh turut melengkapkan rasa sebelum isi kuali yang panas berasap itu dimasukkan ke pinggan, sedia untuk dimakan.

Potongan daun salad dan hirisan limau ditambah ke pinggan, dan hasilnya pasti membuat sesiapa saja kecur dengan baunya yang begitu “mengancam” jiwa.

Gigitan pertama saja cukup membuatkan kita mahukan lebih lagi, dan rasa mi yang kenyal disaluti sos ‘berlawan’ dengan sayur serta taugeh yang menjadi perencahnya.


Mi goreng ikonik ini dijual dengan harga cuma RM5 sepinggan.


Kerangupan sayur segar serta kelembutan kentang dan tauhu bergabung dengan rasa sotong yang sedikit kenyal mewujudkan keenakan yang sukar dilupakan.

Tidak salah jika dikatakan mi goreng Lorong Bangkok cukup kaya dari segi perisa dan sejarahnya, malah menjadi ikon tersendiri di Pulau Pinang.

“Hanya ada satu mi goreng Lorong Bangkok. Inilah yang asal, tiada yang lain,” kata Mahboobin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2021 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang sedap ke uols?
Tengok cam nak plsk try
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 02:50 PM | Show all posts
shernazz replied at 4-1-2021 09:46 AM
Memang sedap ke uols?
Tengok cam nak plsk try

Tak tahu lah.. lain orang lain rasanya.

I rasa macam biasa aje. Malah pernah rasa lebih sedap drp mee bangkok lane ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 04:16 PM | Show all posts
Susah nak jumpa mi goreng mamak ori macam ni terutama di Lembah Kelang.  Kebanyakannya dijual di Lembah Kelang ni biasa2 je.  Jarang nak jumpa yang ada letak tahu kuih kentang dan digoreng dengan sos istimewa bukan sekadar guna cili boh dan kicap je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2021 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak mcm best je.. Ada yg prnah mkn dh ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2021 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AyaqMeloSuam at 5-1-2021 06:02 AM

Mee Abu Aloq Staq sedap...   dr kecik aku mkn.. lani pn ayah aku dok beli lg..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2021 10:02 AM | Show all posts
AyaqMeloSuam replied at 5-1-2021 06:00 AM
Mee Abu Aloq Staq sedap...   dr kecik aku mkn.. lani pn ayah aku dok beli lg..

menariknya.. susah nak cari mee goreng sedap macam zaman 90an.
Dengan wanginya.. terliuq haih
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Lembah Klang mee goreng mamak simbah kicap. Rata2 tak sedap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2021 04:36 PM | Show all posts
menjamahnya tidak ubah seperti merasakan sedikit sejarah kaya negeri itu.

Perghh...tak payah belajar subjek sejarah dah... makan mee jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054066 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list