|
|
Pelakon, Izreen Azminda, 35, kembali aktif berlakon selepas menerima tawaran membintangi drama, Hadiah Dari Tuhan.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Mohd Aznam berkata, drama Hadiah Dari Tuhan umpama laluan untuknya aktif semula, tahun ini.
 Kredit foto: IG Izreen
"Syukur, saya mendapat rezeki berlakon dalam drama Hadiah Dari Tuhan sejak penghujung tahun lalu. Saya akui, banyak tawaran mula masuk sejak itu.
"Insya-Allah, drama ini bukan yang terakhir, kerana selagi orang nak saya berlakon, saya akan terus berlakon," katanya kepada BH Online menerusi sidang media drama Hadiah Dari Tuhan secara virtual, petang semalam.
Teruja menjayakan drama Hadiah Dari Tuhan bersama Amy Mastura, Riena Diana dan Sophia Barakbah, Izreen berkata, dia tidak menafikan mengambil masa untuk menjiwai watak berikutan sudah lama tidak berlakon.
"Saya ambil masa juga mempersiapkan diri saya selepas sekian lama tidak berlakon. Seperti nak membaca dan menghafal dialog, saya nak ambil 'mood' terlebih dahulu sebelum mendapatkan momentum ini. Namun, Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.
"Saya terima tawaran ini juga disebabkan ia bukanlah drama biasa. Ia mengenai situasi melanda satu dunia sekarang ini. Ia berbeza daripada apa yang selalu kita lakukan," katanya.
 Kredit foto: IG Izreen
Ekoran itu, Izreen yang kini menjalankan perniagaan kuih apam, Sugar Butter Milk, berharap orang ramai menyambut baik lakonannya itu.
Bersesuaian dengan situasi semasa, TV3 menerusi slot Lestary membawa drama ​Hadiah Dari Tuhan yang memaparkan kehidupan masyarakat yang terkesan dan berdepan kesengsaraan. Ia dihadapi tiga keluarga yang mempunyai latar belakang berbeza.
 Kredit foto: BH
Drama 13 episod arahan Fairuz Loy itu turut dibintangi Syafi Tee, Puteri Rafasya, Fezrul Khan, Zazly Baginda, Dynas Mokhtar, Zaefrul Nordin, Fathil Dani, Fauziah Nawi, Ku Faridah, Zazly Baginda, Ummar Dzariff dan Aryana Amani.
Sumber: BH Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|