CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9591|Reply: 83

[Dunia] "Tiga Raksasa Bersatu & Naga Besar Kuasai Dunia", Baba Vanga Dakwa

[Copy link]
Post time 3-1-2021 11:07 AM | Show all posts |Read mode


Photo : wisehoroscope



Baba Vanga atau nama sebenarnya Vangeliya Pandeva Gushterova adalah seorang wanita buta dari Bulgaria pernah menggemparkan dunia dan kerap menjadi bualan kerana beberapa ramalannya sebelum ini benar-benar menjadi kenyataan.


Terbaru, ramalan Vanga yang pernah mendakwa tahun 2021 akan menjadi mimpi ngeri buat penduduk dunia apabila pelbagai peristiwa buruk diramalkan bakal berlaku kembali menjadi bualan ramai.


Memetik Daily Mail dan portal Siakap Keli, Vanga meramalkan dunia akan menderita dengan banyak bencana besar ketika itu di mana tiga raksasa akan bersatu serta seekor naga yang besar akan merampas manusia.


" Masa-masa yang sukar akan tiba, manusia akan turut berpecah dengan kefahaman mereka sendiri.


" Kita akan menyaksikan peristiwa-peristiwa dahsyat yang bakal mengubah nasib serta takdir manusia,"katanya yang juga digelar "Nostradamus of the Balkans".


Meskipun telah meninggal dunia pada 1996 lalu pada usia 86 tahun, namun dikatakan kebanyakan peristiwa yang diramalkan sebelum kematiannya secara kebetulan berlaku.


Berikutan ramalan tentang naga besar tersebut, ramai penyelidik mentafsirkan bahawa naga itu ialah simbolik kepada kuasa besar China yang mendominasi ekonomi dunia.


2021 akan temui penawar kanser


Selain itu, dakwa Vanga, penawar bagi kanser juga dipercayai akan ditemui pada tahun hadapan dengan mendakwa penyakit tersebut akan " diikat " dengan " rantai besi ".


Mengimbas kembali peristiwa serangan 9/11 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 2001 lalu, Vanga sebelum itu didakwa pernah meramalkan bahawa akan ada dua ekor " burung besi " melanggar bangunan tersebut dan ternyata, ianya berlaku.


Malah pandemik COVID-19 yang melanda dunia hari ini juga didakwa pernah diramalkan lebih awal ketika dia masih hidup lagi.


Seorang wanita warga Bulgaria, Neshka Stefanova Robeva, 73, mendakwa, dia mengetahui peringatan tentang COVID-19 itu sebelum kematian Vanga.


" Coronavirus akan berada di sekeliling kita, "dakwa Vanga, kata Neshka yang pernah bertemu wanita buta itu ketika hidup, merujuk laporan Daily Star.


Disebabkan beberapa ramalannya berkenaan isu-isu dunia dikatakan tepat dan hampir tepat, Vanga pernah dianggap idola dan sumber kepercayaan sesetengah ahli teori konspirasi.


Photo : Printest




Trump mati akibat sakit, Putin dibunuh & Eropah diserang senjata kimia


Selain itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa akan menderita masalah kehilangan pendengaran sehingga mati pada tahun 2021.


Dalam masa sama, presiden Russia, Vladimir Putin pula didakwa perlu bersiap sedia melindungi dirinya ekoran akan berlaku komplot pembunuhan ke atasnya.


Dakwa Vanga lagi, Eropah pula harus berjaga-jaga dengan misi serangan kimia yang diramal bakal dilancarkan oleh pelampau ekstrimis Muslim yang tidak dinyatakan dari mana.


Ramalannya yang mengatakan " Eropah tidak ada lagi pada 2016 " pernah menarik perhatian dunia apabila Britain ketika itu memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).


Semua dakwaan dan ramalan Vanga tersebar luas hinggalah sampai ke pengetahuan individu-individu kenamaan termasuk Trump dan Putin sendiri.


Bagaimanapun, Trump menafikan ramalan itu dengan mengatakan tiada sebarang perkara buruk berlaku pada dua tahun terakhir ini, walaupun dirinya pernah dijangkiti COVID-19 bulan lalu.


Trump juga membuktikan bahawa ramalan bekas Presiden US, Barrack Obama yang akan menjadi presiden terakhir ternyata salah apabila dia menang pilihanraya dan diangkat menjadi presiden pada 2017 lalu.


Manakala Putin pula mendakwa bahawa komplot pembunuhan yang diramal ke atasnya tidak berlaku setakat ini, biarpun memang benar terdapat usaha tersebut pada 2012 lalu sebelum kawalan keselamatan peribadinya dipertingkatkan.


Malah ada yang mengakui dakwaan dan ramalan yang dijangka ke atas Eropah langsung tidak berlaku, salah satunya benua itu akan bertukar menjadi tanah yang kosong.


Penjajahan dan peperangan menggunakan senjata kimia oleh pejuang esktrimis Muslim ke Eropah juga dilaporkan tidak berlaku lagi setakat ini.


Menurut laporan Daily Mail lagi, banyak ramalan Vanga dikatakan sudah tidak berasas lagi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.







Vanga yang mendapat ilham di sebalik mata yang buta


Mengimbas kembali, Vanga dilahirkan pada 3 Oktober 1911 di Ustrumica, wilayah di bawah Empayar Uthmaniah (kini dikenali sebagai Strumica di utara Macedonia) dan dibesarkan di Rupite di wilayah pergunungan Kozhuh, Bulgaria.


Dilahirkan sebagai bayi pramatang, Vanga turut mengalami beberapa komplikasi kesihatan sejak kecil, namun dia juga turut memiliki kelebihan luar biasa.


Hidupnya mula berubah apabila ditakdirkan dirinya pernah dilambung angin tornado dalam satu nahas yang berlaku, mengakibatkan tubuhnya tercampak jauh dan hilang sebelum dijumpai orang beberapa hari selepas itu.


Ketika ditemui, tubuhnya mengalami kecederaan dan paling menyakitkan, kedua-dua matanya diselaputi pasir yang banyak sebelum menyebabkannya hilang penglihatan.


Bagaimanapun, di sebalik kehilangan deria itu, Vanga mendakwa diberikan kelebihan lain iaitu mampu " melihat" pelbagai perkara termasuklah meramalkan waktu yang belum terjadi.


Atas kelebihan itu, Vanga dianggap sebagai tukang tilik dan menjadi ikutan ramai warga Bulgaria termasuk Russia sendiri.


Kisah Vanga dalam meramalkan isu-isu di sekeliling tersebar ke seluruh dunia hingga pernah difilemkan dalam dokumentari Vanga: The Visible & Invisible World.


Malah jasa Vanga pernah diiktiraf kerajaan Bulgaria apabila kementerian pelancongan negara itu menjadikan rumah serta gerejanya diabadikan sebagai tempat pelancongan keagamaan di sana.


Vanga menghembuskan nafas terakhirnya pada 11 Ogos 1996 dan mayatnya disemadikan di tanah perkuburan di Sofia, Bulgaria.


Apa pun ramalannya, sebagai umat Islam adalah dilarang sama sekali mempercayai sebarang ramalan dan menilik nasib. Ketahuilah bahawa hanya ALLAH SWT sahaja yang mengetahui apa sahaja yang berlaku di muka bumi ciptaan-NYA. Itu termasuklah hal pada masa hadapan.


Allah telah berfirman dalam Al-Quran " Katakanlah (hai Muhammad) tidak ada seorang pun yang ada di langit dan di bumi mengetahui perkara gaib kecuali Allah saja " (QS : An-Naml: 65)


Sesungguhnya pengetahuan manusia sebagai hamba ALLAH itu ada batasnya. Begitu juga ilmu. Jadi ramalan Vanga mungkin saja banyak kebetulan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyooooo.....

..sembah tokong lagi bagus dari percaya benda karut...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:17 AM | Show all posts
noor2 replied at 3-1-2021 11:12 AM
Aiyooooo.....

..sembah tokong lagi bagus dari percaya benda karut...
Aiyooooo.....

..sembah tokong lagi bagus dari percaya benda karut...
err...i think as Muslim, kita tak atau dilarang sama seklai melalui perbuatan menulis  frasa ini. Ia ada hubungkait dengan definisi iman.mhon rujuk balik ye.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:18 AM | Show all posts
i think this lady fortune teller is watching too much Godzilla. hmmm....ask her to pursue PhD in political science in Harvard ka. senanglah macam ni dok telek itu ini. khurafat syirik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 3-1-2021 11:17 AM
err...i think as Muslim, kita tak atau dilarang sama seklai melalui perbuatan menulis  frasa ...

Tq.... patut aku tulis...pi sembah tokongla...dari percaya benda karut..

Boleh x..

Ya ayat tadi mcm membaguskan sembah tokong..

Anyway tq teguran
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:20 AM | Show all posts
Vanga yang mendapat ilham di sebalik mata yang buta

geng ayoh pink jugak la ni tapi versi balkan. nasib baik ayah pink bukan mat saleh kalau tak tenggelam nama baba vanga ni




tapi pasal naga besar china tu aku caya je china akan jadi kuasa besar dunia. bukan sebab ramalan dia pun dari dulu dah pernah dengar pasal ni





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2021 11:22 AM | Show all posts
noor2 replied at 3-1-2021 11:20 AM
Tq.... patut aku tulis...pi sembah tokongla...dari percaya benda karut..

Boleh x..

no no, dont write anything related to object sembahan. we just dont comment, gitu. diam itu lebih hikmah...dalam bab bab ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:23 AM | Show all posts
wnwa05 replied at 3-1-2021 11:20 AM
geng ayoh pink jugak la ni tapi versi balkan. nasib baik ayah pink bukan mat saleh kalau tak tengg ...

kalau seluruh kesatuan Eropah dok percaya minah ni = maka wow...zaman gelaplaaa merekeeeeeeeee kecuali Britain sebba dia dah keluar EU.

it is no more Salmon Fishing in Yemen laa gittew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Hm. Bg iols benda ni xde la mengarut since kita pun kadg2 dejavu dengan mimpi yg dh bertahun2 berlalu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:30 AM | Show all posts
bagi akak mungkin sesetengah orang ada talent gifted untuk meramal masa depan.  tak perlu percaya pun bila percaya hidup akan jadi kelam benda tak pasti belum berlaku atau terlalu happy sampai mudharatkan diri.

sama konsep qada qadar belum di terjadi waima dah di tulis sebelum lahir tapi tetap tidak di bagitahu salah satu kebaikan supaya rajin usaha dan tidak sedih dengan benda yang tak pasti. di situ letak tawakal harapan doa.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:33 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 3-1-2021 11:23 AM
kalau seluruh kesatuan Eropah dok percaya minah ni = maka wow...zaman gelaplaaa merekeeeeeeeee:lol ...


tak keseluruhan tapi ramai je yg percaya sebab ramalan dia banyak menjadi sedangkan ramalan sahih lagi benar dari kitab suci Al-Quran sejak beribu tahun tidak pula diambil kisah







Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:34 AM | Show all posts
Woahhhhhh... klu naga dah nak muncul, ultraman juga patut muncul. Atau sekurang2nya Antman lah.. serangan naga ini lebih bahaya dari serangan covid
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:36 AM | Show all posts
kalau di pikirkan, zaman turunnya rasul-rasul pun manusia tak percaya juga...semua tertulis dlm al quran...

walaupun setiap rasul menunjukkan mukjizat masing2, manusia tetap ingkar dgn perintah tuhan...

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:39 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 3-1-2021 11:42 AM

kene bezakan kan hukum nujuman  vs gifted untuk tujuan ni yg i think para auliya je yg ada dianugerahkan sikit  , atau pun kisah Nabi khidhir itu special case. itu kasyaf.



Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kat CM ada master Ching
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:41 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 3-1-2021 11:43 AM
wnwa05 replied at 3-1-2021 11:33 AM
tak keseluruhan tapi ramai je yg percaya sebab ramalan dia banyak menjadi sedangkan ramalan sahi ...

Al Quran is kalamullah , ALlah 's saying ( firman)  ,so Quran ni dia bukan kitab ramalan dan bukan makhluk ye.

nope.

so aqidah kena penting dalam menjawab persoalan ni. AL Quran bukan meramal - kalamullah itu adalah forewarner, pemberi pesanan peringatan. I'jaz makhnawi.

tapi biasala manusia ni  insannnnnnnnnnnnn.....insan itu pelupa..biase leeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2021 11:44 AM | Show all posts
Sumber: Daily Mail & Siakap Keli



Apa ramalan dia utk 2020? Ada tak coronavirus?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:48 AM | Show all posts

kejut perut trump dengan ramalan ni..  

tapi motifffff cakap eropah akan dikimiakan muslim. kerja nak burukkan muslim je si buta ni. yg taksub percaya mesti terus membenci muslim





Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:52 AM | Show all posts
pundek laa bila dah jadi apa2 peristiwa baru la korek balik ramalan2 dia pastu relate balik....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:53 AM | Show all posts
sikatkutu replied at 2-1-2021 07:48 PM
kejut perut trump dengan ramalan ni..  

tapi motifffff cakap eropah akan dikimiakan muslim ...

Saya fikir trump tak faham bm kot!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.388239 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list