CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2817|Reply: 13

"Jangan Kata Saya Lepas Tangan" – Dr Zulkifli

[Copy link]
Post time 31-12-2020 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menafikan bahawa beliau bersikap lepas tangan dalam isu status halal daging import.


Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, ada segelintir pihak yang mempersoalkan seolah-olah beliau tidak mahu bertanggangjawab dalam isu tersebut.




Kredit foto: IG Dr Zulkifli




Ini selepas beliau mengeluarkan pandangan bahawa terpulang kepada orang ramai sama ada ingin terus memakan daging import atau tidak, mengambil kira keyakinan masing-masing.

“Kenyataan saya ini adalah pertanyaan wartawan yang meminta saya mengulas pandangan Timbalan Mufti Perak, Sahibul Fadhilah Datuk Zamri Hashim yang menyarankan untuk mengelak makan daging import.

“Dalam masa yang sama, saya juga perlu mengingatkan yang kita ada banyak pembekal daging import dalam kalangan Bumiputera Muslim yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah, tidak seperti isu daging haram baru-baru ini. Boleh semak senarainya di www.halal.gov.my,” kata Zulkifli.


Katanya, beliau memberi pilihan kepada umat Islam sama ada untuk memakan atau tidak daging import berdasarkan keyakinan masing-masing.

“Saya yakin kita semua bersetuju bahawa pembekal daging import dalam kalangan Bumiputera Muslim yang tidak bersalah, tidak wajar terpalit sama dalam isu ini.

“Saya juga menyentuh tentang sebuah hadith Nabi SAW bermaksud, Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.

“Inilah asas kepada dua pilihan yang saya kemukakan sebagai jawapan kepada pertanyaan wartawan. Saya amat berharap kenyataan ini tidak disalah anggap sebagai saya bersikap lepas tangan terhadap isu yang penting bagi umat Islam ini,” tegas Zulkifli.




  



Media hari ini (semalam) melaporkan Zulkifli berkata, sekiranya terdapat was-was, umat Islam perlu menghindarkan apa yang menjadi keraguan kepada apa yang tidak menjadi keraguan.

“Jadi pandangan yang dikemukakan samahah-samahah, lebih kepada untuk ikhtiar atau pun mengambil jalan berhati-hati.

“Tetapi apabila disahkan oleh sebahagian daripada pihak berwajib yang menyertai dan membuat kajian dan telah masuk dalam Parlimen semalam melalui Dewan Negara dan ada usul khas yang dijawab Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid, ia memberi jawapan yang melegakan kita semua,” kata Zulkifli.




Sumber: SM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2020 01:47 PM | Show all posts

Aku Nak Tanye Pulak

Boleh ke 2 ekor zantan isele bersembooreeeet ya sheikh?



KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menyatakan rasa terharu dengan pesanan dan nasihat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ketika beliau dikaitkan dengan video lucah yang tersebar luas di media sosial.
Mohamed Azmin berkata, pertemuan beliau dan mufti berkenaan mengukuhkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara.
“Saya amat terharu dengan pesanan dan nasihat Mufti Wilayah Persekutuan @drzul_albakri untuk saya dan keluarga tatkala badai fitnah mengganas.
“Pertemuan petang semalam memperkukuh semangat saya untuk meneruskan khidmat demi umat dan Negara,” katanya dalam catatan ringkas di Facebook miliknya hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols cuma nak tau kes yg kawin ngan pemain hoki tue.. Diam dah ker hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri tak effective camni lah....focus jer lah nak selesaikan masalah....yang dia pikir sensitip dia jer...sensitip berjuta orang Islam kat Malaysia dia tak pikir. Kalau tak mampu nak even accept responsibility then letak jer lah jawatan. Menyampah dgn orang2 so called agama skrg. Buat fatwa kemain tapi don't do anything nak rectify bila ada masalah. Kes Ili dah berminggu dah pakcik oiiii.....mana solution?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Silap2 kena tukar pulak tok menteri. Byk kes hilang di angin lalu....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 31-12-2020 01:47 PM
Boleh ke 2 ekor zantan isele bersembooreeeet ya sheikh?



Its a way of life.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 31-12-2020 01:58 PM
Iols cuma nak tau kes yg kawin ngan pemain hoki tue.. Diam dah ker hehehe

Xleh kahwin dengan pemain hoki ke? Kalau dengan pemain bola sepak ok x?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
menteri agama ni pun senasib dgn maza ada yg xsuke
kena tuduh wahabi  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 03:48 PM | Show all posts
Dr Zulkifli diminta jalankan tugas sebagai menteri bukan mufti lagi


Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri diminta berfikir dan bertindak sebagai seorang menteri sekarang bukannya sebagai seorang mufti lagi sebagaimana sebelum ini.

Ini berikutan kenyataan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu selepas terdedahnya tragedi 40 tahun penduduk negara ini memakan daging import tanpa kesahihan status halal atau haramnya.

“Bila dah jadi menteri, orang tidak lagi bertanya tentang status halal atau haram. Itu kerja mufti.

Mgid


“Sebagai menteri kena fikir tentang akauntabiliti, tentang ketelusan, tentang kebocoran sistem dan tentang rules of law,” kata Jamzuri Ardani, penulis dan aktivis politik ketika mengulas kenyataan Dr Zulkifli sebelum ini.

Bagi beliau, apabila menteri masih berfikir seperti seorang mufti pun masalah juga.

“Isunya bukan soal yakin atau tidak untuk makan daging import. Isunya bagaimana perkara itu boleh terjadi dan apa langkah pembaikan yang telah dilakukan.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan?” kata beliau menerusi facebook beliau.

Dr Zulkifi dalam satu laporan media semalam berkata, terserah kepada umat Islam untuk memakan daging import atau tidak selepas semua perkara telah dijelaskan oleh kerajaan menerusi Dewan Negara kelmarin.



“Bagaimanapun, sekiranya masih was-was, mereka perlu menghindarkan apa yang menjadi keraguan kepada apa yang tidak menjadi keraguan.

“Saya berdoa pada Allah SWT supaya isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya,” katanya selepas merasmikan Program Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu semalam.

Zulkifli mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang menyarankan orang ramai menggunakan kuasa pengguna dengan tidak memakan daging import khususnya lembu buat sementara waktu sehingga keyakinan mengenai status halal daging terbabit diperakui sepenuhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah masuk bulan 3. Mana geng kartel yang kena dakwa.daging yang dah masuk pasaran pun dah abis jual.so........tangan sapa yang lepas??
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 11:02 AM | Show all posts
Edited by bangcak at 9-3-2021 11:03 AM

menteri agama da jalankan tugasnya.
cuma menteri undang2 je yg terlupa janjinya pada undang2 syariah.


teringat kata2 hikmah seorang pendeta
"...mmg arr kita cakap saja kita tak merintah lagi, cer bg kita merintah"

cer bg merintah??? ...bungkoih.



Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 04:30 PM | Show all posts
Rogue98 replied at 31-12-2020 02:07 PM
Menteri tak effective camni lah....focus jer lah nak selesaikan masalah....yang dia pikir sensitip d ...

solutionnya mudah je.
jenayah apa yg susah nak jawab kita pindahkan je ke mahkamah civil.

makin kecik mahkamah syariah makin mudah keje.


penat ketuk pintu menteri undang2 musang berjanggut.
senyap seribu bahasa.
yg disebokkan cari dalil taknak bukak dewan je.




Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
aotearoa replied at 9-3-2021 04:38 PM
Sejuk beku dah wak.... Diam seribu bahasa

Kihkih paham sudahh
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 01:47 PM | Show all posts
kesian

dlm thread ni pandai mengecam pandai tunjuk pandai

tp tak layak jugak jadi menteri

prffffffffffffffght
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.130341 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list