Adibah Noor menerusi laman sosial menegur penggunaan dialek bahasa Inggeris seorang seorang penyampai radio saluran bahasa Inggeris.
Kredit foto: IG
Dakwanya, penyampai radio itu terlalu ‘mencuba’ untuk menggunakan dialek Bahasa Inggeris Amerika sehingga sebuah nama tempat disebutnya kedengaran janggal.
"Dengar di radio bahasa Inggeris tempatan, punya la dia nak 'Americankan' sampai Subang Jaya pun jadi Subang Jayer. Mende!?"
Di ruangan komen, ada juga berkongsi pengalaman sama mendengar orang sekeliling mereka terlalu mencuba berbahasa Inggeris hingga kedengaran pelik sebutannya.
Kredit foto: Twitter
"Nasib baik saya tak triggered orang panggil Pulau Pinang tu Penang," seloroh warganet. - CARI
|