CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3129|Reply: 0

TM Bantu Tarik Minat Pelajar - Harian Metro

[Copy link]
Post time 30-12-2020 02:43 PM | Show all posts |Read mode

Naib Presiden, Jenama dan Komunikasi Kumpulan TM, Izlyn Ramli.


Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Berhad (TM) meneruskan usaha untuk melengkapkan generasi muda dengan pengetahuan berasaskan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) melalui inisiatif di bawah program TM Future Skills.

Naib Presiden, Jenama dan Komunikasi Kumpulan TM, Izlyn Ramli berkata, TM Future Skills di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam cabang pendidikan TM.

Katanya, TM menyokong sistem pendidikan negara ke arah mempersiapkan bukan saja pelajar, malah guru dan masyarakat secara lebih luas dengan kemahiran IR4.0.

"Kami berharap program ini dapat membantu meningkatkan kemahiran masa hadapan pelajar dan meningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

"Ini amat bersesuaian dengan peranan kami sebagai pembangun negara yang bertanggungjawab di mana kami akan terus memberi khidmat dan memacu Digital Malaysia melalui penyelesaian digital yang inovatif dan inklusif," katanya dalam kenyataan.

E-Showcase PBL-TM Future Skills 2020 menjadi acara kemuncak bagi program pembelajaran atas talian selama tiga bulan untuk guru dan pelajar dari sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson dan SJKC Tsun Jin, Kuala Lumpur.

Sepanjang program itu, guru dan pelajar berkenaan mempelajari teknologi digital dalam TM 3Ducation, modul percetakan 3D yang akan diguna pakai dalam PBL mereka.

Oleh kerana pandemik Covid-19 masih berterusan, rakan strategik bagi TM Future Skills, Creative Minds, sudah mengadakan sesi latihan untuk semua guru dan pelajar itu, termasuk ibu bapa, melalui platform dalam talian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052312 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list