CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1138|Reply: 1

30,000 Liter Susu Setiap Hari - Harian Metro

[Copy link]
Post time 30-12-2020 01:45 PM | Show all posts |Read mode

Lembu tenusu di ladang milik FGV.


Syarifah Dayana Syed Bakri
[email protected]

Kuala Lumpur: FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi anak syarikatnya, FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGVDF) berada pada kedudukan baik untuk mengeluarkan 30,000 liter susu segar setiap hari pada suku pertama 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, ia selari dengan kejayaan pelaksanaan projek ladang tenusu bersepadu di Linggi, Negeri Sembilan, yang secara signifikan meningkatkan fokus FGV dalam perniagaan di bawah sektor pertanian bersepadu.


"Kami juga memasang ruang memerah susu automatik dan sistem rakaman susu harian cloud-based untuk memastikan kualiti produk tenusu dan produktiviti ladang tenusu kami," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, kerja menaik taraf secara keseluruhan untuk ladang tenusu FGV Linggi hampir selesai dengan penambahbaikan pada infrastruktur ladang, kawasan makanan ternakan, tempat memerah susu dan bangsal lembu, sementara kerja menaik taraf bangsal anak lembu selesai 100 peratus.

Selain itu, menurutnya, beberapa formulasi, perisa dan pembungkusan baharu produk Bright Cow berada dalam proses dan kini menjalani ujian produk dan ujian kestabilan sebelum dilancarkan pada April 2021 seperti yang disasarkan.

Baru-baru ini, FGVDF menerima penambahan sebanyak 130 lembu tenusu kacukan yang diimport dari Australia, yang juga kacukan baka lembu tenusu Jersey dan Friesian, menjadikan jumlah kawanan lembu tenusu berjumlah 258 ekor.

"Penghantaran lembu ini untuk memenuhi jumlah pengeluaran susu segar lebih tinggi serta peningkatan permintaan tempatan terutamanya oleh pasaran segmen HORECA (Hotel, Restoran dan Kafe)," katanya.

Menurut Haris Fadzilah, dalam tempoh kurang sembilan bulan sejak penubuhan projek ladang tenusu pada Mac 2020, jenama premium Bright Cow memproses lebih 500,000 liter susu segar untuk penggunaan tempatan, disumbangkan oleh susu segar yang dihasilkan di ladang tenusu Linggi milik FGV dan turut dibekalkan ladang tenusu luar.

"Pada masa sama, inisiatif FGV selari dengan visi kerajaan untuk kemakmuran bersama dengan menawarkan peluang kepada pertanian kontrak dalam kalangan penternak lembu di negara ini," katanya.

Di bawah Program Pembangunan Industri Tenusu Negara, kerajaan meletakkan sasaran untuk memastikan kadar sara diri dalam pengeluaran susu segar domestik menjelang 2025 yang memberi peluang kepada organisasi seperti FGV untuk mendapat manfaat daripada penggantian import dan menjadi pemain industri yang signifikan bagi pengeluaran susu segar tempatan.

Pada masa sama, inisiatif FGV selari dengan visi kerajaan untuk kemakmuran bersama dengan menawarkan peluang kepada pertanian kontrak dalam kalangan penternak lembu di negara ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2020 07:18 PM | Show all posts
Boleh bersaing dengan farm fresh, satu persaingan yang sihat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.058833 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list