CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 827|Reply: 0

Rancang Kewangan - Harian Metro

[Copy link]
Post time 28-12-2020 08:47 AM | Show all posts |Read mode

Moratarium membantu melindungi pekerjaan di samping menyokong pemulihan ekonomi.


Sri Ayu Kartika Amri
[email protected]

MALAYSIA adalah satu-satunya negara di dunia yang menyediakan moratorium menyeluruh ketika ekonomi dunia sedang bergelut menangani pandemik Covid-19 dan ini, sekali gus membolehkan pelanggan bank mempunyai 'ruang bernafas' untuk menilai semula status kewangan mereka.

Pakar kewangan peribadi, Mohd Kauthar Rozmal berkata, ini mencerminkan kesedaran industri perbankan Malaysia terhadap cabaran yang dihadapi oleh pelanggan mereka pada waktu ini.

Katanya, menerusi moratorium menyeluruh, ia dapat membantu melindungi pekerjaan di samping menyokong pemulihan ekonomi.

"Sementara negara sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi, industri perbankan masih memberikan bantuan kewangan kritikal menerusi Bantuan Pembayaran Balik Bersasar kepada mereka yang masih menghadapi masalah kewangan.

"Bantuan Pembayaran Balik Bersasar kini lebih berfokus kerana ia adalah satu pendekatan bersasar dan bukannya seperti moratorium menyeluruh dan diberikan kepada mereka yang paling memerlukan," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, rakyat Malaysia perlu mengatur kewangan mereka bagi menghadapi 2021 dengan memanfaatkan semua bantuan dan inisiatif yang disalurkan kerajaan.

Mohd Kauthar berkata, bagi individu disarankan menguruskan komitmen kewangan secara proaktif bermula daripada kereta sehinggalah ke rumah, kad kredit atau pembiayaan peribadi.

"Kenal pasti kemampuan untuk membayar balik setiap bulan atau mencari peluang pendapatan jangka pendek, susulan lonjakan permintaan terhadap perkhidmatan atas permintaan (on-demand) seperti penghantaran makanan atau barangan dan e-hailing.

"Ini mewujudkan peluang menjana aliran pendapatan sementara bagi memenuhi komitmen kewangan.

"Bagi perniagaan terjejas, peniaga perlu terokai akses kepada platform yang dapat membantu meningkatkan operasi dan keupayaan perniagaan mereka (contohnya program keusahawanan, latihan kemahiran) yang amat memanfaatkan.

"Perniagaan juga boleh memberikan tumpuan untuk mengembangkan tawaran mereka, mencapai lebih ramai pelanggan atau mencari jalan untuk mengawal kos seperti minimumkan kos overhed atau berpindah ke ruang pejabat lebih kecil," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.044232 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list