CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1405|Reply: 1

Cukuplah Ada Mek Som Bantu Che Wel - Harian Metro

[Copy link]
Post time 27-12-2020 04:04 PM | Show all posts |Read mode

Mek Som membantu Che Wel minum di rumah mereka di Kampung Kok Bedullah. FOTO Siti Rohana Idris


Siti Rohana Idris
[email protected]

Tumpat: Sejak enam tahun lalu, Che Wel Che Isa, 72, dari Kampung Kok Bedullah, di sini, hanya mampu mengengsot untuk bergerak disebabkan masalah saraf.

Atas faktor itu, warga emas berkenaan terpaksa dibantu isterinya, Mek Som Che Omar, 69, melakukan rutin harian dalam serba kepayahan.

Che Wel berkata, rutin hariannya hanyalah bergerak untuk solat, mandi, makan dan buang air saja dan kekangan itu tidak membolehkan dia keluar rumah.

"Saya akan mengengsot ke penjuru rumah untuk mengambil wuduk dalam bekas disediakan isteri sebelum menunaikan solat dalam keadaan duduk.

"Untuk makan pula saya perlu makan menggunakan sudu kerana tangan saya tidak boleh diluruskan menyebabkan suapan tidak sampai ke mulut," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.

Che Wel berkata, untuk mandi atau buang air, dia akan bergerak ke luar rumah iaitu bahagian pelantar yang diletakkan paip air untuk kemudahannya membersihkan diri.

Suami isteri itu menjalani sisa hidup berdua kerana sepanjang lebih separuh abad usia rumah tangga, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Isterinya, Mek Som berkata, mereka berdua bergantung hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima Che Wel sebanyak RM300 sebulan.

"Jika barang dapur atau makanan habis, kami akan meminta bantuan orang kampung keluar membeli kerana saya sendiri pun tidak larat keluar.

"Walau kami tidak dikurniakan cahaya mata, cukuplah ada antara satu sama lain untuk menumpang kasih," katanya.

Terdahulu, mereka menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed bersama pemimpin setempat yang menghulurkan sumbangan barang dapur.

Kepada yang ingin membantu suami isteri warga emas ini, boleh berbuat demikian menerusi nombor akuan Bank Islam 03072010137874 di bawah Cempaka Merah Asnaf Society.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2020 04:05 AM From the mobile phone | Show all posts
calling staff pusat zakat.

tau la ramai scammer tp dah berpuluh tahun kut takkan la takda sop nak tolong org yg betul2 sakit n susah ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.048207 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list