View: 4173|Reply: 21
|
Putus tunang, lelaki amuk tetak bakal ibu mentua hingga mati
[Copy link]
|
|
Putus tunang, lelaki amuk tetak bakal ibu mentua hingga mati
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -mentua-hingga-mati
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 2:24 PM
Juwan Riduan
[email protected]
Mangsa yang maut di tempat kejadian. FOTO Ihsan Polis
Kota Marudu: Episod putus tunang seorang wanita berakhir tragedi apabila ibunya mati ditetak tunangnya sendiri dalam kejadian di Kampung Kuyuh, Pitas, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Habibah Abungon, 68, mati akibat kecederaan parah selepas diserang suspek bersenjatakan parang.
Difahamkan, selain ibunya yang maut, mangsa, adik dan bapanya yang berada di rumah itu turut mengalami kecederaan selepas diserang suspek berusia 29 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, suspek datang ke rumah tunangnya untuk mengajaknya balik ke kampung di Paitan.
Bagaimanapun katanya, wanita terbabit tidak menurut permintaannya dan memaklumkan mahu memutuskan pertunangan.
"Akibat itu, suspek bertindak agresif dan mengamuk dengan menggunakan parang.
"Antara yang cedera adalah tunang suspek sendiri bersama adik dan bapanya. Semua mangsa yang cedera berusia 24 hingga 65 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Izaan berkata, hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, mayat mangsa yang maut terlentang di bahagian dapur dengan kesan darah di atas lantai.
Katanya, semua mangsa yang cedera pula sudah dihantar ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut.
"Siasatan masih diteruskan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya dpt tunang mcmni, tak ikut permintaan ditetak. Kesian kt mangsa kehilangan mak. |
|
|
|
|
|
|
|
allshares replied at 20-12-2020 03:40 PM
Seramnya dpt tunang mcmni, tak ikut permintaan ditetak. Kesian kt mangsa kehilangan mak.
Baran macam ni sebab tu la kot putus tunang |
|
|
|
|
|
|
|
org suluk pilak kaa..biase bbunuhan kat mindanao sane tu |
|
|
|
|
|
|
|
Cenderakirana9 replied at 20-12-2020 03:53 PM
Baran macam ni sebab tu la kot putus tunang
Baran, pastu suka2 paksa. Dpn family member pun berani tunjuk perangai samseng nk bawa anak dara org blk kg sendiri. Mmg ptt putus. |
|
|
|
|
|
|
|
allshares replied at 20-12-2020 05:21 PM
Baran, pastu suka2 paksa. Dpn family member pun berani tunjuk perangai samseng nk bawa anak dara o ...
Mintak dijauhkan la dapat orang baran camni |
|
|
|
|
|
|
|
At least perempuan tu bijak sikit la putuskan tunang dengan jantan tak guna mcm ni. Cuma kesian mak dia jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Cenderakirana9 replied at 20-12-2020 03:53 PM
Baran macam ni sebab tu la kot putus tunang
Mana tahu dia dah berhabis duit tapi kena main dgn tunang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan je tu ajak balik kg
Kot nak lepaskan air kepala
Sekali taknak ikut naik angin terus |
|
|
|
|
|
|
|
Apaaa la
Takat putus tunang pun nak berbunuhan
Ikut hati sgt |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 20-12-2020 07:09 PM
Mana tahu dia dah berhabis duit tapi kena main dgn tunang..
Tu lah kita tak tau the real story. Tapi sampai bunuh orang ni. Bahaya |
|
|
|
|
|
|
|
mana boleh bunuh org, apapun alasannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berang Tunang Minta Putus, Lelaki Mengamuk Dan Bunuh Bakal Ibu Mentua
Episod putus tunang seorang wanita berakhir tragedi apabila ibunya mati ditetak tunangnya sendiri dalam kejadian di Kampung Kuyuh, Pitas, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Habibah Abungon, 68, mati akibat kecederaan parah selepas diserang suspek bersenjatakan parang.
Difahamkan, selain ibunya yang maut, mangsa, adik dan bapanya yang berada di rumah itu turut mengalami kecederaan selepas diserang suspek berusia 29 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, suspek datang ke rumah tunangnya untuk mengajaknya balik ke kampung di Paitan.
Kredit foto: Harian Metro
Bagaimanapun katanya, wanita terbabit tidak menurut permintaannya dan memaklumkan mahu memutuskan pertunangan.
"Akibat itu, suspek bertindak agresif dan mengamuk dengan menggunakan parang.
"Antara yang cedera adalah tunang suspek sendiri bersama adik dan bapanya. Semua mangsa yang cedera berusia 24 hingga 65 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Izaan berkata, hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, mayat mangsa yang maut terlentang di bahagian dapur dengan kesan darah di atas lantai.
Katanya, semua mangsa yang cedera pula sudah dihantar ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut.
"Siasatan masih diteruskan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Berhati2 lah lepas ni siapa yang tengah cari pasangan hidup. Dapat yang panas baran macam2 perkara buruk boleh jadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya orang baran metal macam ni membunuh pun dia sanggup |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib dah putus. Kalau dah beranak pinak dengan orang baran macam ni, gila. |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 20-12-2020 07:09 PM
Mana tahu dia dah berhabis duit tapi kena main dgn tunang..
So sebab itu ada lesen untuk mengamuk sampai mati sorang? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik belum kahwin elok pun putus tunang tu.
Cuma nasib tak baik mak perempuan jadi mangsa.
Semoga keluarga wanita ni tabah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|