CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2055|Reply: 1

Honda CBR250RR Gaya Dan Ciri Perlumbaan

[Copy link]
Post time 19-12-2020 03:52 PM | Show all posts |Read mode

HONDA CBR250RR dilancarkan untuk pasaran tempatan pada harga RM25,999.


Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my

BOON Siew Honda sebagai pengedar utama motosikal Honda di negara ini melancarkan model CBR250RR Serba Baharu dengan ciri prestasi perlumbaan.

Jentera sport bike itu dijana enjin 249.7 cc silinder berkembar selari DOHC dengan enam kelajuan manual menjana 40.2 kuasa kuda (hp)  pada 13,000 rpm dan tork 25Nm pada 11,000 rpm adalah yang tertinggi dalam kelasnya.

Sesuai sebagai jentera urban atau litar ia menawarkan tunggangan yag selesa atau sporty daripada DNA siri model-model CBR dengan Total Control.

Ini membolehkan penunggang menikmati kawalan jentera yang menyerluruh daripada pecutan, selekoh serta membrek.

Antara ciri lain dilengkapi pada jentera ini ialah Quick Shifter, Throttle by Wire dengan tiga mod tunggangan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), lampu hadapan dua lapisan LED, meter digital penuh dan Sistem Dwi Ekzos untuk bunyi lebih sporty.

Ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Winning Red dan Mat Gunpowder Black Metallic, model ini adalah import sepenuhnya (CBU) dari Indonesia.

Honda CBR250RR dijual pada harga RM25,999 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan dua tahun pengeluar atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 03:19 PM | Show all posts
Amazing bike!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076941 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list