Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa beliau akan terus mengaku tidak bersalah sebagaimana telah melakukan sumpah laknat menafikan menerima cek.
Kredit foto: IG Ahmad Maslan
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian adalah antara pemimpin UMNO yang dihadapkan ke mahkamah ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dengan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi sekeping cek.
“Terus melangkah, mengaku tidak bersalah.
"Saya telah bersumpah laknat menafi terima cek yang dikaitkan itu pada 29 Februari 2020. Itu pendirian saya. Sehingga akhir hayat,” tulisnya di Instagram.
Menerusi prosiding hari ini, pendakwaan memohon tarikh bicara baharu ditetapkan berikutan timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat kes tersebut telah dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.
Sepatutnya tarikh bicara seterusnya ialah pada 24 Dis namun Hakim Ahmad Kamar Jamaludin menetapkan tarikh perbicaraan pada 5 hingga 8; 12 hingga 15 dan 26 hingga 29 Julai tahun depan.
Sumber: UMNO Online
|