CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2170|Reply: 14

Iklankan Di Surat Khabar, Lelaki Merayu Orang Beli Buah Pinggangnya Untuk Bayar

[Copy link]
Post time 18-12-2020 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Demi melangsaikan hutang selepas perniagaannya gulung tikar akibat Covid-19, seorang penjual kereta di selatan Kashmir nekad menjual buah pinggangnya walaupun sedar ia salah di sisi undang-undang India.


Sabzar Ahmad Khan, 28, yang menetap di perkampungan Nussu, Qaziqund di daerah Kulgam turut mengiklankan tawaran itu dalam surat khabar tempatan.


"Saya mahu menjual buah pinggang kerana kehilangan semuanya dalam perniagaan, tetapi masih perlu membayar hutang Rs90 lakh rupees (RM494,225.32). Saya merayu sesiapa yang memerlukan buah pinggang supaya menghubungi saya," demikian iklan yang dibuat Sabzar seperti dilaporkan India Times.


Kredit foto: Agensi




Hutang sebanyak Rs61 lakh (RM334,974.94) perlu dibayar kepada bank manakala sebanyak Rs30 lakh (RM164,741.77) dengan pemiutang.


Selain menjual dan membeli kereta lama, Sabzar juga adalah kontraktor berdaftar dengan kerajaan namun pendapatannya terjejas kerana dua kali sekatan pergerakan akibat Covid-19 di kawasan berkenaan.


Dia yang baru berkahwin tahun lalu dilaporkan sudah memaklumkan kepada semua ahli keluarganya berhubung penjualan buah pinggang berkenaan semata-mata membayar hutang.


Malah, dia hanya berkurung di dalam rumah kerana tidak sanggup berdepan pemiutang dan adik lelaki bongsunya terpaksa bekerja sebagai buruh untuk menanggung keluarga mereka buat masa ini.


Ditanya sama ada sudah menerima panggilan daripada pembeli, Sabzar berkata, "Saya menerima beberapa panggilan pembeli yang berminat, seorang menawarkan bayaran Rs20 lakh (RM109,827.85) dan seorang lagi, Rs25 lakh (RM137,284.81)," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa jer Black Market beli utk Buah pinggang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 18-12-2020 02:57 PM
Berapa jer Black Market beli utk Buah pinggang?

Line paling bawah dalam artikel ada bagitau harga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 03:19 PM | Show all posts
Tak berbaloi langsung jual pinggang. Bukannya hutang jadi clear setel lepas jual. Lagi sengsara seumur hidup ada lah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kt malaysia perpindahan buah pinggang kena ada hubungan kekeluargaan.mak kpd anak,ayah kpd anak, adik kpd abg dn sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 04:22 PM | Show all posts
hrp2 bukan utk beli iphone...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2020 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Tapi kalau ada buyer pun kot dapat scammer susah juga. Iols pernah tengok docu jadi ibu tumpang kat india,ibu tumpang kena tipu dapat sikit aje bayaran. Ada pulak yg kalau baby dilahirkan tak ikut skin tone yg diorang nak,reject baby tu. Dah satu hal pulak ibu tumpang miskin tu kena jaga baby orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 04:35 PM | Show all posts
Rasanya bukan perkara luar biasa disana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Harap ada jalan lain tuk selesaikn
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 08:50 PM | Show all posts
actually.. in the darkside of society (peh bunyi)

sejak covid melanda, jenayah organ semakin hangat.

bila manusia terdesak, mereka akan sanggup buat apa sahaja.

bila perut lapar, rasionaliti berkurangan.

nauzubillah min zalik
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya...kalau nak jual pun biar la amount tu blh langsai semua htg + ada balance sikit utk tmpg idup.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 18-12-2020 03:00 PM
Line paling bawah dalam artikel ada bagitau harga.

Yerrsayaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat hutang byk sgt deyy???
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2020 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaksa jual sbb hutang..kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2020 12:59 PM | Show all posts
berbaloi la juga..dia jual harga ratus ribu..ada tu jual cuma utk seketul iphone jah?? kau sekolah tak??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.222582 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list