CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1713|Reply: 9

Mufti Wilayah Gesa Sumber Vaksin Covid-19 100% Halal Elak Polemik Berpanjangan

[Copy link]
Post time 17-12-2020 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Pengambilan vaksin adalah penting dan satu langkah pencegahan yang dituntut mana-mana agama, bagi menghalang penularan penyakit atau wabak seperti Covid-19 yang boleh menjejaskan populasi manusia, kata pemimpin-pemimpin agama.


Mereka senada berpendapat bahawa, pengambilan vaksin adalah sifat yang dituntut dan dikategorikan sebagai membuat amalan baik untuk kesihatan diri sendiri, orang sekeliling, masyarakat dan negara secara keseluruhannya.


Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah berkata, pandemik Covid-19 itu berisiko tinggi untuk membawa mudarat kepada orang Islam dan oleh kerana itu, langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelak ia terus menular dan membahayakan orang lain.




Gambar hiasan/CGTN.com



“Seperti kita tahu, tiada lagi undang-undang khusus agar pengambilan vaksin (bila ada di pasaran) itu jatuh sebagai hukum wajib. Jadi kita kena bergerak dalam rangka undang-undang. Vaksin itu harus, tapi digalakkan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa ia adalah keperluan, dalam mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Kalau penggambilan atau penggunaan vaksin itu tidak diutamakan, akan wujud kemungkinan hadirnya penyakit lain, yang dibimbangi akan membawa keseriusan atau masalah yang sama seperti Covid-19,” katanya kepada Bernama.


Bagaimanapun, Luqman menegaskan perlu dipastikan juga sumber vaksin itu dari bahan yang halal dan diperakui KKM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), bagi mengelakkan berlakunya polemik berpanjangan.


Dalam pada itu, Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) Datuk R.S. Mohan Shan berkata pengambilan vaksin itu mesti diambil dan perlu diutamakan, kerana ia adalah amalan yang baik untuk kesejahteraan hidup seseorang tanpa mengira agama, bangsa, dan negara.

“Janganlah mati sia-sia disebabkan Covid-19. Kita perlu utamakan kesihatan dan pengambilan vaksin adalah langkah pencegahan yang terbaik,” katanya.


Sementara itu, Presiden, Persatuan Dhammaduta Malaysia (BMSM) Sister Loh Pai Ling berkata menurut Buddha, amalan buatlah baik dan elakkan kejahatan itu penting, termasuk pengambilan vaksin yang mana ia memberi kesan yang baik untuk seseorang individu dan juga masyarakat.


Manakala, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia Sardar Jagir Singh berkata dari segi agama Sikh, tiada larangan untuk pengambilan vaksin sebagai langkah untuk mempelihara diri dari ancaman Covid-19.


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun memaklumkan, kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan vaksin itu dan ia hanya akan diberikan kepada mereka yang bersetuju untuk mengambilnya secara sukarela, terutama golongan berisiko dan mudah menghidapi penyakit.







Sumber: ProjekMM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 02:05 PM | Show all posts
dahtu ko invent n kaji la sendiri vaksin covid halalan toyyiban kau tu. sibuk nak guna vaksin ciptaan kafirun dah kenapa lepastu sibuk nak halal la apa la. org makan babi tonggang arak pun hidup sihat n umur panjang dari org makan makanan halal seumur hidup tapi tak reti jaga kesihatan.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 03:03 PM | Show all posts
Dah ada beberapa negara yang akan keluarkan vaksin covid ni. Pandai2 lah kerajaan buat keputusan nak dapat dari mana.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Maqasid syariah kalau disalahgunapakai cengini la jawapan yang akan keluar
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..

Tindakan yang terawal oleh kerajaan adalah sipnosis pengajaran (tarbiyah Allah SWT berkenaan As'habul Kahfi) bagi umat Nabi Muhammad SAW. Status and popularity blind us. Until unproven cure can be a solution - As'habul Dunya slogan.

Alhamdulillah our leader said it's not a necessarily but for those needed.
  Sedih kerana tidak percaya dan yakin pesanan Allah and RasulNya. Maka tunggulah kehadiran dajjal laknatullah.

Wallahu'alammm  
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku faham dilemma nya

Ada tekanan untuk menghalalkan vaksin tanpa mengira sumber atas alasan dharurat

Tapi... gomen sendiri tak berani nak wajib kan. So tak kan majlis fatwa yang lebih sudu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2020 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Coolie replied at 18-12-2020 08:02 PM
MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..

Tindakan yang terawal oleh kerajaan adalah sipnos ...

Spesis yg jenis terima segala asal boleh hidup ni...jika keluar dajal satu masa nanti suruh mengaku dia adalag tuhan pun sanggup mengaku dajal tu tuhan asal boleh hidup kut....

Padahal mati tu tiada siapa akan x mati...


Sekian dari akak spesis lalang... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
[quote]Orix: dahtu ko invent n kaji la sendiri vaksin covid halalan toyyiban kau tu. sibuk nak guna vaksin ciptaan kafirun dah kenapa lepastu sibuk nak halal la

Betul la dia cakap tu mencari yang halal tu wajib. Tapi dia lupa vaksin yang dicipta tu dah bertukar status berubah sifat sebab bercampur bahan kimia. Dna babi tu memang ada tapi sifat tak asli macam yang asli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2021 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat ni vaksin pfitzer dan satu lagi vaksin apa ntah nama dia lupa lak, 2 tu yg paling berkesan. Yg lain2 tu ok la.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated: Aku faham dilemma nyaAda tekanan untuk menghalalkan vaksin tanpa mengira sumber atas alasan dharuratTapi... gomen sendiri tak berani nak wajib kan. So ...


Memang darurat pun, darurat sebab takde vaksin yg benar2 berkesan..takkan nak pilih yang halal tapi kita sendiri tahu tak berkesan? Time duduk dalam hutan pun kalau takde makanan takkan nak makan daun rumput sebab tak nak makan khinzir? Buatnya makan buah hutan beracun?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054021 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list