Mana ada orang nak makan kek dihiasi cicak & lipas
Rabu, Disember 16, 2020 ,Trending
Melihat pada kek yang dibuat The Slide Ipoh Homebaker, saya rasa ia bukan dibuat untuk dimakan tapi hanya untuk 'prank' orang.
Mana ada orang dalam dunia berminat nak makan kek yang ada haiwan reptilia dan mahkluk perosak.
Dan saya pasti kek ini dibuat sebagai cubaan nak jadi viral. Setakat hari ini, akaun Instagram The Slide Ipoh Homebaker ada 2.4k followers.
Kita tengok lah berapa ramai akan follow selepas ini kerana kami tidak mempunyai 'tool' untuk menganalisis jumlah followers mereka sebelum ini.
Dilihat dari sudut difficulty, memang tak senang nak buat kek macam ni.
Kreatif? Tak sangat sebab sebelum ini banyak dihasilkan. Tapi ada cicak dengan ulat beluncas tu memang rare.
Cicak dan lipas di atas kek tu memang boleh dimakan kerana mungkin diperbuat daripada fondant yang sudah tentu rasa manis.
Dan memang kek inilah yang membuatkan The Slice tular sejak kebelakangan ini.
Kedai kek yang dibuat di rumah itu turut menawarkan kek-kek lain yang boleh diterima akal, bukan sahaja dihiasi binatang yang membuatkan orang nak muntah melihatnya.
Pelbagai sampel kek dipaparkan di laman media sosial The Slice.
Kek Baby Shark. Ada rights ke nak buat ni? Foto: @theslideiipoh
Walaupun kek ini ada haiwan, tapi ia bukan mahkluk perosak yang berada dalam rumah kita tetapi kartun yang menjadi pujaan kanak-kanak.
Sekalipun ada budak minat bela cicak dan tikus, tak mungkin ramai yang nak kek seperti itu untuk dimakan, kalau ada pun tak ramai.
Nampaknya taktik The Slice nak jadi viral, menjadi sampai kami pun menulis mengenainya - baik atau buruk viral ini, kita pun tak tahu lagi.