View: 2712|Reply: 17
|
Nak Elak Bencana Alam Katanya -Kontraktor Rosakkan Beduk, Koyak Al-Quran Dan Muq
[Copy link]
|
|
Seorang kontraktor lelaki ditahan selepas melakukan khianat dengan membuang beduk dan peralatan termasuk mengoyakkan Al-Quran dan Muqaddam sebelum membuangnya ke dalam parit, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, berkata dalam kejadian pada Isnin sekitar jam 7.30 pagi di Surau Al-Rahman, Parit Haji Samsuri, Simpang 3, Kuala Kurau, di sini, penduduk gempar apabila mendapati peralatan surau seperti beduk, tikar, Al-Quran dan Muqaddam ditemui di dalam parit berhampiran surau.
Menurutnya pemeriksaan lanjut mendapati kulit beduk tersebut ditoreh dan dikoyakkan malah penduduk turut menemui kesan racun di tuang di kawasan parit itu sehingga menyebabkan beberapa ekor ikan mati.
"Selain daripada peralatan surau, penduduk turut menemui plan rumah dan barangan peralatan pertukangan berkaitan kontraktor perumahan dipercayai milik seorang penduduk di sini.
Foto: Harian Metro
"Susulan itu satu laporan polis telah dibuat penduduk dan bertindak atas laporan suspek berusia 43 tahun berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, untuk tindakan lanjut," katanya dihubungi.
Menurutnya lagi berdasarkan maklumat dan siasatan, suspek dikatakan mempunyai masalah mental dan sering berhalusinasi.
"Suspek dikatakan melakukan perkara itu kerana berhalusinasi dan bagi mengelakkan bencana alam berlaku sekiranya barangan tersebut tidak dibuang ke dalam parit.
"Malah terdapat saksi yang tinggal berdekatan surau melihat kejadian itu dilakukan suspek sekitar jam 7.00 pagi.
"ihak polis masih menjalankan siasatan berhubung tindakan suspek dan berdasarkan maklumat daripada isterinya, suspek mengalami masalah mental dan masih dalam rawatan," katanya.
Tambahnya lagi, suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang bencana tu kau
Salahkan al quran bedok bagai tu kenapa?
Polis minta bedukkan malaun tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mental rupanya... nasib dapat tau awal2 masa dia toreh2 beduk... kot masa toreh2 orang baru nak sedar... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh buat apa la suspek orang gila rupanya. |
|
|
|
|
|
|
|
schizo mungkin |
|
|
|
|
|
|
|
Beraninya bini duduk dengan suami mental . |
|
|
|
|
|
|
|
Kontraktor betul ke.. Bahaya nt org suruh buat rumah bila dh siap lain jadinya..nk komplen pun tak berani dh kontraktor otak mereng |
|
|
|
|
|
|
|
Igtkn kt negara seberang.
Kat sini rupenye..
Huhuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Dh agk dh.. Mesti gila isim ni... |
|
|
|
|
|
|
|
pelik2 la kalo gila yg duk kacau org, harta benda org ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh agak....kalau org normal xkan ada snggup buat lagu tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai org ade sakit mental skrg ni
silap2 opismate / jiran korang pun ade yg bermasalah
senyum je kalau jumpa.. tau2 satu hari kete polis sampai depan rumah
kalau tgk gaya cara user dkt sini reply posting..
aku rasa sesetengah tu mmg ade masalah mental
nak marah pun tak sampai hati.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
"Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung tindakan suspek dan berdasarkan maklumat daripada isterinya, suspek mengalami masalah mental dan masih dalam rawatan," katanya.
gila rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Byk sgt pakai alasan masalah mental..
Ke mendadih? |
|
|
|
|
|
|
| |
|