CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8595|Reply: 113

[Tempatan] Warga Emas Dikompaun RM1,000 Baca Suratkhabar Berseorangan Di Taman Awam

[Copy link]
Post time 11-12-2020 02:40 AM | Show all posts |Read mode

Warga emas dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.




KLANG – Seorang warga emas yang membaca suratkhabar secara berseorangan di taman awam dikenakan saman RM1,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak.
Selain menerima “nasib malang” yang tidak berbau itu sebagai satu iktibar, warga emas bernama Lee itu mengaku melakukan kesilapan dan bersedia bertanggungjawab atas kesalahan diri.

Walau bagaimanapun, dia juga berharap kompaun yang dikenakan oleh dikurangkan atau dibenar melunaskan bayaran secara ansuran bulanan.

Sinchew Dalily melaporkan, Lee yang merupakan orang guru tuisyen sambilan hanya mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM305.

Dalam kejadian pada pagi Selasa, Lee membaca suratkhabar seorang diri di taman awam berhampiran dengan rumahnya di Klang, Selangor, tetapi dikunjungi seorang anggota polis yang bertanya kenapa tidak memakai pelitup muka.

Lee menjelaskan bahawa terlupa membawa pelitup muka ketika keluar rumah dan taman awam juga kosong tanpa orang lain kecuali dirinya.

Alasan itu bagaimanapun tidak diterima dan polis mengeluarkan saman RM1,000, tetapi menasihatkannya supaya mengemukakan rayuan di Pejabat Kesihatan Klang.

Disebabkan tidak tahu memandu kereta dan hanya menunggang basikal, Lee hanya boleh berkunjung ke sebuah klinik kesihatan kerajaan berhampiran, tetapi sekali lagi dia diminta untuk pergi ke Pejabat Kesihatan Klang, yang memakan masa perjalanan hampir sejam jika menggunakan basikal.

“Saya tahu saya perlu bertanggungjawab kerana melakukan kesalahan, tetapi saya meminta kompaun dikurangkan atau membenarkan saya membuat bayaran secara ansuran,” katanya yang pernah bekerja di bank sebelum bersara.

Beberapa pemimpin komuniti termasuk Ahli Majlis Perbandaran Klang telah menghubungi peguam untuk memberi bantuan guaman kepada warna emas itu.


Sumber – MalaysiaGazette

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2020 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts

lebih banyak kesalahan boleh disaman lenbih banyak lubang untuk jana pendapatan dan lebih ramai masuk penjara.

mari teka siapa yg untung
naikkan harga rokok. yg untungnya penyeludup  dan yg berkenaan.
haramkan merokok padahal boleh je bg ruang khas utk perokok.
macamla makan tepi longkang dengan asap lori
asap kereta lalulalang tuu sihat sgt pun.

saman tak pakai mask walaupun sorang diri ni mmg lawak. dah la org tu kat luar. yg makan kat restoran indoor aircond tu lah yg patutnya disaman

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 02:56 AM | Show all posts
aduh kalau betul memang zalim langsung tak ada budi bicara ke? sedangkan terang2 dalam tv pengacara dok sebelah2 mask pun tak ada apa alasan pulak?? yang melepak kedai makan sah2 mask tak pakai juga lagi risiko..pakcik ni dok sorang dekat rumah pun kena???
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 03:10 AM | Show all posts
ni dah tahap khinzir ni. viralkan polis ni pls.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bandingkan dgn. MB.Umno ini



https://ismaweb.net/wp-content/uploads/2020/12/Screenshot-2020-12-10-120541.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kat Kawasan umah dia kan.. Timbamg rasa lah.. Dh lah org tu sorg2.. Pelik2 lah dorg ni, nak menyaman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2020 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pokcik ni at least dia bertanggungjawab mengaku salah xde tidak ganas2..semoga dipermudahkan urusan & dpt kurangkan saman tuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai lg org kg yg miskin,yg x de pendapatan pon kena saman.ada yg kt tepi pantai x pakai mask pon kena.kata cikgu tuition x kn pendapatan  cuma 3 ratus lebih sebulan?rumah kat situ besar2 je. Haritu ank kwn aku kena saman gara2 x tulis nama kat kedai mkn..polis check sorang2 wo nama org kat situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2020 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina pakai biasa2 duit still berkepuk dlm poket.. iyolah naik basikal je.. rumah rumah teres mcm ok je bukan duduk flat..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang zalim betul orang skarang.
Tiada timbang rasa.
Apa salahnya suruh pakcik tu baik baik baca paper dalam kete or balik umah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:06 AM | Show all posts
saman mcm ni kalo buat tak tau, tak byr, apa akibatnya?
sbb bukan nya kita buat kesalahan jenayah.  polis nak sumbat dalam penjara pun, penuh la lokap nanati.. dah merebak covid.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 11-12-2020 05:58 AM
Ramai lg org kg yg miskin,yg x de pendapatan pon kena saman.ada yg kt tepi pantai x pakai mask pon k ...

Bukan boleh scan my sejahtera ke? Masih kena isi nama lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:29 AM | Show all posts
Gila kuasa ke gila apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:46 AM | Show all posts
semail sabri tiap2 petang bagi report covid pun londeh mask kat dagu, nape x kena saman?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 11-12-2020 03:51 AM
Bandingkan dgn. MB.Umno ini



Ni kene saman x
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih xpaham, klu bkntmpat awam xda org berkerumun keliling tu knapa nk kna pakai mask dh sorg2? Boleh gna budi bicara n common sense kn?keluarkn amaran cukup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2020 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 11-12-2020 03:51 AM
Bandingkan dgn. MB.Umno ini



Astagaa...mcm mna dia boleh terlepas?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Undang2 bodo oleh kerajaan failed....apa beza orang yg balik kg berbondong2 setelah korang tamatkan pkpb dan pkpd....yg naik kes mcm roket bukan sb orang baca paper sorang2 kat tempat taman awam tanpa mask....

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis tu la bodo x bley pikir..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga jatuhla cepat kerajaan sekarang sebab covid yg memuncak sekarang ni disebabkan oleh lemahnya pemerintahan dan undang2 oleh mereka....amin....

Makin meluat aku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.296814 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list