Seorang lelaki Vietnam di Australia yang bernama Alan Phan ditahan pihak berkuasa setelah dia menjadi ‘bapa segera’ kepada 23 orang anak dalam masa setahun.
Menurut laporan akhbar Daily Mail, lelaki berusia 40 tahun itu disiasat di bawah Victorian Assisted Reproductive Authority (VARTA) kerana menghasilkan ramai keturunan.
Menerusi siasatan yang dijalankan, pihak klinik memberitahu penguatkuasa bahawa Phan mendermakan spermanya tanpa sebarang pendaftaran.
Phan telah melanggar undang-undang dengan menjadi bapa kepada ramai anak dan melebihi had yang ditetapkan negara terbabit.
Persatuan Kesuburan Australia (The Fertility Society of Australia) hanya membenarkan lelaki untuk menghasilkan 10 keluarga daripada sperma mereka, termasuklah keluarganya sendiri.
Dalam pada itu, Phan sudah memiliki dua cahaya mata hasil dari perkahwinannya dengan isteri, Merlyn Phan.
“Sejak mula menderma, saya hanya bercadang untuk menderma sebanyak sembilan kali. Selepas itu, saya menerima pesanan…
“…daripada seorang wanita dan berkata bahawa pendermaan tersebut telah berjaya menghasilkan anak,” katanya.
Menurutnya, itu merupakan kali yang ke-10 dia menderma sperma dan sepatutnya kali terakhir bagi seseorang dibolehkan untuk menderma sperma. Namun begitu, dia berfikir:
“Alang-alang saya sudah menderma mencukupi had, alangkah baik jika saya bantu orang lain lagi,” jelasnya.
Baginya, tindakan menderma sperma adalah satu hobi dan dia turut menganggapnya sebagai satu pekerjaan dalam membantu individu atau pasangan yang ingin memiliki anak.
Ini kerana tindakan tersebut memerlukannya untuk mengelakkan daripada melakukan hubungan seksual, bersenam setiap hari dan mengambil banyak suplemen serta vitamin untuk menjaga kualiti ‘benihnya’.
Berikutan itu, dia pernah mengalami kesukaran untuk menolak permintaan tiga wanita yang berjumpanya untuk mendapatkan derma sperma dalam masa sehari.
Secara umum, setiap negeri di Australia mempunyai undang-undang, peraturan dan garis panduan berbeza berkaitan dengan bantuan kesuburan yang membabitkan sperma didermakan daripada seorang penderma.
[size=1.1]
[size=1.1]
|