CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3775|Reply: 10

"Pergi Set Asyik Main Phone,Selfie,Buat Live,Tiktok Je," -Nabila Huda

[Copy link]
Post time 10-12-2020 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon serba boleh iaitu Nabila Huda ataupun lebih mesra dipanggil Abil.


Untuk yang mengikuti drama lakonan Abil pasti tahu bagaimana beliau menghayati setiap watak dengan penuh komitmen dan penghayatan.


Foto: IG




Terbaharu, Abil berkongsikan pada pengikutnya mengenai rutin yang biasa dilakukan sebelum melakonkan sesuatu watak di laman Instagram miliknya.


Menerusi video berkenaan, Abil dilihat berkongsikan tentang method lakonan yang pernah diterima, katanya apabila menerima tugasan pertama, pengarah akan memberikan dialog atau pun treatment yang perlu diulang kaji terlebih dahulu.


  



Selepas itu, pelakon perlu melakukan breakdown conty, di mana mereka akan melakonkan watak bersambung dari scene sebelumnya dengan memakai baju yang sama.


Menceritakan lanjut, Abil turut berkata, setiap pelakon digalakkan membuat research terlebih dahulu untuk lebih menghayati dan memhami setiap watak yang diberikan.


  



Dalam pada itu, Abil juga turut memberi pesanan kepada pelakon baharu untuk belajar melakukan rutin seperti beliau dan cuba untuk tidak hanya membuat hal sendiri seperti bermain telefon sahaja.


“Jangan nak pergi set asyik nak main phone,selfie,buat live,tiktok je tau..Kena belajar buat routine macam ni jugak okay!"


  



  



Meninjau di hantaran video berkenaan, rata-rata warganet dan rakan artis turut menghujani ruangan komen Abil dengan pelbagai pertanyaan kerana ingin tahu lebih lanjut mengenai perkara yang dikongsikan.


Sementara itu, hasil perkongsian Abil di laman Instagram, ramai yang memuji usaha dan profesionalisme beliau ketika melakonkan watak-watak yang diberikan. -CARI


Sumber: Hot FM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2020 12:57 PM | Show all posts
TT sila buka di bod Gossip Tempatan ya!

Last Warning !

Tindakan disiplin menanti TT jika kesalahan berulang dan siapa2 penyokong beliau

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 01:12 PM | Show all posts
bukan pergi set je,
pegi jamban pun buat tu semua..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp pemilihan pelakon x ikut feel atau bakat dah.. ikut rupa n follower insta..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual rupa je..bukan bakat..tu sbb rajin buat tiktok gelitis gelenyar dgn harapan dpt pancing bakal pssangan kaya raya..baik laki ke pompuan sama je skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nabila mmg pelakon yang ade passionate dlm kerjaya dia tapi die mmg kene jaga body dia jugak. Dia suke dress up dan berhabis utk watak. Syg kalau dress dah cantik tapi body cam mak mak yang stress kat umah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2020 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza org berkarya dgn kejar glamour..

Kalau pengkarya mmg dia teliti n nk buat sesuatu kerja tu sehabis baik.. bukan setakat asal boleh n post gambar2 vogue kat IG jah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
iols ingat kan ada specific person yg sheols maksudkan rupanya ckp in general jah..

OKAY NEXXTTTT!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2020 10:15 AM | Show all posts
dah pengarah pun hadap sangat pelakon me segera...tak ada attitude
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon berbakat susah nak nampak dalam drama. Pelakon aktif tiktok ig byk follower tu je la yg dikejar. Tp kualiti and attitude out
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
I puji komitmen and dedication abil
Patut ramai suker keje dengan dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.040318 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list