bkn la chuols..
lagu asmaradana ni pun iols ulang2 kali tengok..
siap pegi teater muzikal lg..kt IB..
bkn x support..tp versi film ni..
seriously skala menguap die tahap 8..
iols rase kalau buat editing and touch up balik..
dr segi cgi..tambah scene / cut scene..
then release balik.. mcm Star wars buat..
sure ramai nk tgk balik..
Bicara bab pelakon, rupa tu tak kisah sangat. Aku lebih suka yang pandai dan padu melontarkan dialog jadi hidup, berjiwa. M. Nasir, PS Tiara, Adlin AR. Lain-lain Eman Manan, Ummi Aida, Jasmin Hamid.
Of course diorang ni semua dah kertu kan tapi their standard ni kena ada pada pelakon bbnu ni. Yang bertudung tolak tepi la.
Kalau pilih pelakon bertudung alamatya jadi macam Filem 1875.
Kisah tentang Datuk Maharajalela Pandak Lam yg membunuh JWW Birch pada tahun 1875. Penggambaran di Perak pada Mei-Jun 2017 kan tak menjadi kenyataan. Serba tak kena production tu especially costume (aku ni education background art and design - fashion) dan location shooting yang serba moden.Untuk cast PGL kalau nak diremake (berbalik kepada versi storyline imaginasi syok sendiri diriku itu) - rupa lebih kurang macam ni la. Kredit pada pelukis-pelukis dari Indonesia ni..Hang Tuah in character seorang yang sangat busy dengan strategi perang, train anak-anak buah, pastu dari Melaka nak kena pegi Pahang (bukan dekat/ikut highway kena redah hutan belukar, menempuh sungai berhari-hari) untuk task nak pujuk Tun Teja + male/female segregation jadi takde masa sangat nak spend ngan PGL dan Puteri Gunung Ledang makin pasrah bila hajatnya nak bersama HT ada saja aral melintang. Tun Mamat - very alert masih muda dan PGL ketika marah/tertekan wajah dia berubah..
Pada yang minta cerita disambung tu actually dah tau dah apa jadi lepas TM dapat jumpa. PGL bagi syarat dan TM jumpa HT diorang balik mengadap SM. Tunggu la, kalau idea datang aku akan elaborate apa jadi seterusnya..
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
dulu poet fav aku ada buat puisi pasal kisah jebat dgn dayang tu. omg mmg angau meks. smpikan i simpan kot puisi tu dlm pendrive
CERETERA YANG KEENAM BELAS – MUHAMMAD HAJI SALLEH
“Kata sahibu’l-hikayat, ada beberapa lamanya maka Hang
Kasturi pun berkehendak dengan seorang dayang-dayang
yang dipakai oleh raja di dalam istana.”
anum, kupilihmu dari seratus dayang istana
kerana kau melembutkan suaraku,
memulakan rindu kepada malam,
memadamkan marah kepada sultan.
anum, kupilihmu dari seratus kampung.
kini, di tengah malam bening
kita berdua hanya,
beraja di istana ini,
aku sultan dan kau permaisuriku,
pasang-penuhlah hidup ini untuk sekarang,
bulan yang bergantung di tiang layar
dan memasukkan bayangannya ke muka selat
tentu faham bagaimana
aku kasih kepadamu.
dan ghairah sebesar ini
tak perlu esok.
malam ini
kita kumpulkan
segala yang ada pada dua manusia muda
di dalam suatu mangkuk waktu agung.
tapi kalau ada esok
kita akan berkasih lagi
pada esok hari,
jikalau tiada,
malam ini telah kita sempurnakan
secara manusiawi.
kupilihmu anum
dari seluruh jagat tuhan
yg hang kasturi tu sbb dalam lagenda ada menyatakan yg hang kasturi dan hang jebat tu org yg sama. diberi nama kasturi sbb reputasi die dan peribadi die yg wangi mcm limau kasturi. bila memberontak bile hang tuah kene bunuh tu jadi hang jebat.
Post time 7-12-2020 01:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Meols sependapat dgn Mat Don ni.
Ingat lagi meols sgt kecewa sbb filem ni gagal bg meols 'rasa' sedangkan meols was anticipating this movie masa tu. Tak salah meols filem ni kat cinema Sept 2004. Meol dok dgq Asmaradana since June. OST dia lagi feel berbanding the movie itself
ada terperasan dlm YT , based on sources batin dah jumpa makam Hang Tuah yg sebenar and location tu tempat dia bertapa sebelum meninggal. One reason for the location is that Hang Tuah dapat lihat Gunung Ledang clearly from that location.
I percaya jer sebab set2 demer bukan tengok pun wayang PGL tu, so the fact came as a surprise to them
Post time 7-12-2020 08:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
annehuda replied at 7-12-2020 04:33 AM
dulu poet fav aku ada buat puisi pasal kisah jebat dgn dayang tu. omg mmg angau meks. smpikan i s ...
Omaigod!!! Puitisnye....dah angau balik kt Jebat. Lupa la nama buku sastera form 5 tu. Cover warna kuning keemasan. Mmg Jebat tu dr kata2 dia...nmpak dia macho and gagah perkasa but still romantic!!! Ehhh i nak save puisi you ni!