Video muzik terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Kuasa Cintamu yang baru dilancarkan pada 1 Disember 2020 ada cerita tersendiri.
Selain memaparkan perjalanan hidup Siti sejak dilahirkan sehingga berkahwin dan memiliki anak, lagu Kuasa Cintamu itu sendiri sarat dengan emosi dan bercerita mengenai cinta yang sifatnya universal.
Seorang pengguna Twitter telah berkongsi sesi belakang tabir penghasilan video muzik itu.
Twitter
Menurut produksi terlibat, bagi menggambarkan perjalanan hidup Siti 'berterusan' dalam klip berkenaan, penggambarannya dibuat dalam satu turutan.
Teknik penggambaran 'sekali rakam' itu memerlukan perancangan rapi menggunakan sebuah kamera. Setiap butiran kecil membabitkan apa-apa perubahan di hadapan lensa kamera perlu dirancang rapi agar penonton tidak sedar apa yang berlaku di belakang lensa.
Twitter
Untuk info, Kuasa Cintamu adalah single daripada album ManifestaSITI2020 yang boleh didapati di platform digital terpilih sejak 3 Julai lalu. Sejak dilancarkan, video itu telah mendapat lebih 198k tontonan. -CARI
takde ke zoners ke pereka fesyen ckap betapa HAUKNYEHH BAJU MERAH CADAR KATIL KING SAIZ tu????aku boleh maafkan lagi baju kuning tu tapi baju merah tu overrated..kain terlebih pun bukan bermakna shantekkk yehhh..lagi2 part dia kembang2 ala2 burung baru nk belajar terbang tu..ayoyoyo mak iti, dari zaman Jerat Percintaan sampai la ni chuollss memang retis no satu fesyen hauk
Post time 2-12-2020 04:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ya ampunnnn... Tudung bawal kuning tu dh serupa acik2 pakai je... Takde value lgsg. Br dgr lagu ni... Hmmmmm... Mcm lagu nabila razali yg banyak lirik ulang2 je...
meols terperasan beberapa benda
1. baju kuning tu gebu gebas naw naw dr bahu hingga ke bawah dada.. yelah pakai baju lain kt dlm kan.. ateee 13/11sec je utk tukar segala
2. tang fokus mata dr tudung & baju kuning ke merah tu.. perasan mata tokti mengerling ketepi yg asalnya pandang depan kamera..
apapun effort terbaikkkkk dari semua team produksi gituuuu
Post time 2-12-2020 06:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mamajawie: takde ke zoners ke pereka fesyen ckap betapa HAUKNYEHH BAJU MERAH CADAR KATIL KING SAIZ tu????aku boleh maafkan lagi baju kuning tu tapi baju merah tu ...