View: 2152|Reply: 8
|
Gambar Doktor Peluk Pesakit Covid-19 Di ICU Tular
[Copy link]
|
|
Gambar seorang doktor, Dr Joseph Varon, yang merawat pesakit COVID-19 di sebuah hospital di Texas, memeluk pesakit lelaki warga emas pada Hari Kesyukuran mendapat perhatian dan tular di seluruh dunia.
Gambar itu dikongsi oleh jurugambar Getty Images.
Varon yang bekerja tanpa henti selama 252 hari dilihat sedang memeluk dan menenangkan pesakit warga emas itu yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Beliau yang juga Ketua Staf di Pusat Perubatan United Memorial di Houston, Texas berkata, beliau memasuki bilik ICU itu dan melihat pesakit itu turun dari katilnya dan berusaha keluar dari bilik.
Foto: AFP
"Tiba-tiba warga emas berkenaan menangis. Saya menghampirinya dan bertanya mengapa dia menangis.
"Lelaki itu berkata dia ingin bersama isterinya. Saya hanya mampu memeluk dan menenangkannya. Saya kasihan dan sangat sedih, seperti dia.
"Akhirnya dia berhenti menangis dan tenang semula," kata Varon kepada CNN pada hari ke 256 beliau bekerja.
Varon berkata, pengasingan unit rawatan COVID-19 mendatangkan kesukaran kepada kebanyakan pesakit, terutama warga emas.
"Anda boleh bayangkan, anda berada di dalam ruang di mana orang-orang datang dengan pakaian seperti di angkasa dan lebih kasihan lagi jika pesakit warga emas yang bersendirian.
"Sebahagian daripada mereka menangis dan ada yang cuba melarikan diri, malah semalam ada yang cuba melarikan diri melalui tingkap," katanya.
Katanya, pesakit lelaki di dalam gambar itu kini semakin baik dan berharap hujung minggu ini beliau dapat dibenarkan keluar dari hospital.
Dalam pada itu, Varon turut memberi nasihat kepada mereka yang tidak mengambil langkah berjaga-jaga dan gagal mematuhi peraturan operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan pandemik itu.
"Ramai orang masih gemar mengunjungi di bar, restoran, pusat membeli-belah tanpa mematuhi SOP ditetapkan. Ini gila kerana mereka tidak mendengar nasihat dan akhirnya berada di ICU saya.
"Mereka sepatutnya hanya perlu lakukan perkara asas bagi mengelak dijangkiti iaitu jaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, kerap cuci tangan dan elak mengunjungi tempat sesak.
"Sekiranya semua orang melakukan itu, pekerja kesihatan seperti saya dapat berehat," katanya. - CARI
Sumber: Berita Harian/AFP |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Doktor2 tanahair boleh ambil iktibar. Terutama yang muda2 baru grad kekwat namampus sebab terlalu disanjung tinggi, dipuji puja dalam keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Perihatin sungguh doktor tu walau tahu risiko yang ada tapi sifat kemanusiaan mengatasi semua |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha. Baru nk mentioned benda sama..
Nway betulla doctor tu ckp.. Ko follow sop. Semua org selamat.. Ko xnk follow.. Pastu kena dok sorg2..akhirnye ko blk merempan(org tua ko jadi mangsa) and nk xnk staff hosp kena jaga..
Pastu sebab bengang staff hosp p carut kat twitter...see??? Selfish x masing2 hahahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik la ada doctor sebaik dr joseph tu.... buatkan pesakit rasa disayangi indirectly buat atuk tu kuat utk lawan virus covid tu. moga dia cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Paling terkesan mestilah frontliners, totally burn out tapi still tak boleh cuti.
Meanwhile masih berlambak manusia degil di luar masih anggap c19 sebagai havoc semata. Sop kelaut, keluar rumah mcm tak pernah tengok dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
moga permainan ini segera tamat atau reda sekurang2nya... |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat USA masih belum edarkan vaksin ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|