View: 1861|Reply: 10
|
Buang Sampah Merata-Rata, Warga Maya Geram Alasan 'Mak Cik Myvi' - Projek MM
[Copy link]
|
|
Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Tindakan seorang wanita membuang sampah merata-merata dan enggan mengutip semula sisa yang ditinggalkan walaupun sudah ditegur mengundang kemarahan orang awam di media sosial.
Seorang lelaki memuat naik video menunjukkan seorang wanita sedang mengisi air kereta menggunakan air dalam botol plastik di sebuah tempat letak kereta.
Selesai menuang air ke dalam tanki air enjin, wanita itu kemudian dilihat dengan selamba mencampakkan botol ke arah beberapa botol plastik kosong yang terbiar di jalan raya.
“Kak botol tu buang dalam kereta lah kak...boleh simpan di rumah,” tegur lelaki yang merakam perbuatan wanita itu.
Namun teguran itu hanya dibalas ringkas oleh wanita yang dilihat dalam pertengahan umur:
“Tak apalah nanti ada orang kutip,” balas wanita pertengahan umur itu sambil menutup bonet hadapan kereta dan segera berlalu pergi.
Video dimuat naik @mbimuhammad semalam, dikatakan berlaku dekat sebuah stesen minyak, kini ditonton lebih 234,000 dan dikongsi lebih 4,000 pengguna Twitter.
“Jangan buang sampah merata okay. Kongsi video sampai Facebook biar akak ni tengok dan taubat.
“Cakap baik-baik pun tak nak dengar. Untuk kesedaran kita juga.
“Buang sampah merata-rata ini bukan budaya Malaysia, termasuk puntung rokok,” catat @mbimuhammad.
Rata-rata warga maya di ruangan komen geram dan marah dengan sikap yang ditunjukkan wanita itu.
Mereka berharap dengan kuasa media sosial dapat menyedarkan wanita terbabit agar tidak terus dengan tabiat yang sama.
“Nombor plat dah ada, cari alamat dia, kumpul botol banyak-banyak pergi buang kat rumah dia. Kalau dia tanya cakap kat dia 'nanti ada orang tolong kutipkan',” catat Ariff.M.Ahmad.
“Sikap ambil mudah dan tidak peduli akan kebersihan tempat sekitar,” catat @amirfirdhaus28. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah nak mampos pon xde kesedaran sivik.patutnya mamat ni baling sampah tu kat muka dia balik |
|
|
|
|
|
|
|
Semua ats didikan dan kesedaran diri sdr
Budak2 pun pandai kalau diajar dr kecik
Ank2 aku npk troli bersepah kat parking lot, automatik pergi kutip tolak kat tempat sepatutnya
Akak ni maybe xpernah diajar gitu atau berlagak mam besar, harap org lain clean after her |
|
|
|
|
|
|
|
amboi2....sedapnye kau statement nnt ada org kutip....biadap gila...sampah kau kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Husband iols penah tegur satu laki ni sbb lps mkn mcd terus buang sampah ikut tingkap, nasib la laki tu angkat tgn n kutip itu sampah. Kakak ni sejenis sampah masyarakat la mengharap org kutip sampah dia, euw. |
|
|
|
|
|
|
|
pprt nya perangai..drive myvi pulak lagi la busuk nama myvi |
|
|
|
|
|
|
|
geram pulak tgk akak tu...netizen, jalankan tugas anda plis.. |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah mendapat, terpapar muka kau kak kat medsoc. dek kerana botol 3-4 ketoi |
|
|
|
|
|
|
|
mesti rumah luar dalam bersepah hapak berhabuk busuk
yucks |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kalau dia seusia tu pun buat perangai macam tu bayangkan ahli keluarganya yang lain mesti perangai sama je macam tu. Patutlah masaalah sampah tak pernah nak sudah. Eloklah pihak PBT kuatkuasakan saman terhadap golongan macam ni. Sambil dapat memastikan kebersihan terjaga duit PBT pun bertambah sama. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti duduk flet pprt
rumah berterabur
dapur berkecah sampah berulat
bilik air berlumut bertaik tepi jamban |
|
|
|
|
|
|
| |
|