CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5979|Reply: 2

TIPS UNTUK KURUS DAN RAMPING AMALAN ORANG KOREA

[Copy link]
Post time 26-11-2020 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by listria at 27-11-2020 09:07 AM

Ini adalah antara cara dan amalan kebanyakan orang Korea Selatan untuk kekal sihat dan memiliki tubuh yang kurus tinggi lampai dan langsing. 7 tips/petua ini wajar menjadi ikutan kita di Malaysia. Amalan dan aktiviti sihat ini memang berkesan jika dilakukan selalu dan kerana itu orang orang Korea Selatan, baik lelaki atau wanita terkenal mempunyai tubuh kurus langsing yang menarik.

1. Penggemar Sayuran
Kerana sejak muda mereka terbiasa diberi sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran sudah menjadi makanan wajib yang mesti selalu dimakan. Bagi kita,masih ramai kanak-kanak kecil dan juga orang dewasa yang tidak menyukai sayur-sayuran


2. Jarang Makan Makanan Ringan (Junk Food)
Ini nampak sukar untuk ditiru. Di Malaysia ramai yang suka melepak di KFC, Mc D dan lain lain, Majlis hari jadi pun khususnya untuk anak anak kerap diraikan di premis makanan segera tersebut. Waktu makan tengah hari orang Korea, jika bukan sup sayuran, mungkin barbeque iaitu makanan yang dibakar atau direbus jadi pilihan.


3. Makanan Laut Segar Jadi Amalan
Selain sayur-sayuran orang Korea juga gemar makan makanan laut dan sayur-sayuran segar. Pasti lebih sihat. Sedangkan di Malaysia setiap rumah sering mengamalkan makanan seperti sosej, nugget malah juga mee segerayang jelas tidak sihat dan menggemukkan.


4. Suka Minum Teh
Di Korea kanak-kanak atau orang dewasa yang melepak di luar sering minum teh. Untuk waktu malam pula biasanya mereka juga mengambil teh (khususnya teh hijau) dan bukan kopi atau minuman soda dan bergas seperti di Malaysia.


5. Amalan Makan Kimchi / Makanan Yang Ditapai
Anda tahu kimchi bukan?, iaitu makanan popular KoreaSelatan. Ternyata makanan yang ditapai mempunyai banyak vitamin dan mineral yang menjadikan tubuh sihat. Selain itu asam dan cuka yang terkandung dalam kimchi akan menjadikan anda kenyang lebih lama dan ini membantu kuruskan badan kerana nafsu makan anda berkurang.


6. Suka Berjalan Kaki Dan Mendaki
Inilah amalan yang perlu dilakukan oleh kita di Malaysia. DiKorea dan juga Jepun, laluan khusus untuk pejalan kaki banyak yang lebih lebar berbanding jalan raya sendiri. Ke mana sahaja orang Korea serta Jepun lebih suka berjalan kaki (malah pantas) dan cenderung menggunakan pengangkutan awam. Mereka jarang mengguna kenderaan persendirian. Sebab itu kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan mempromosi dan menggalakkan amalan berjalan 10,000 langkah setiap hari kepada orang ramai kerana ianya terbukti menyihatkan.


7. Kegemukan Jadi Bahan Usikan/Buli
Haa!!! Yang satu ini ada sedikit berbeza dengan budaya kita.Kanak-kanak gemuk dan gempal masih dianggap sihat dikalangan kita di Malaysia. Sedangkan di Korea Selatan, anak anak kecil amat jarang yang gemuk, begitu juga orang dewasa. Terdapat pandangan mengatakan bahawa orang yang berlebihan berat badan atau gemuk di Korea sukar untuk mendapat kekasih hati. Pengalaman saya bertemankan kawan Korea (beliau tinggal di Malaysia kerana mengembangkan perniagaannya), membenarkan tanggapan ini kerana pernah beliau menyatakan kepada saya bahawa isterinya melarangnya pulang ke Korea jika tubuhnya bertukar gemuk atau boroi. Maka tidak menghairankan jika ada seseorang di Korea yang badannya obes atau gemuk, mereka pasti mencuba diet yang berbagai untuk kembali kurus dan ramping.

Namun bagi mereka yang terlalu sibuk dan kesuntukan masa, beberapa minuman (supplement) kuruskan badan menjadi pilihan terakhir dan antara yang terkini di pasaran Korea dan digemari ramai kerana keberkesanannnya, menyihatkan malah mempunyai rasa yang enak adalah Soya Green Tea Shake & Soya Multi Green Shake.

Muga info ringkas ini dapat dimanfaatkan anda yang memerlukan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2020 02:02 PM | Show all posts
ni nak promote shaklee ke apo?
hihihi

no 1 n 2 setel x de masalah.

masalah dia bile mium teh. sis angin teruk boleh membawa pada MC lak karang
seafood segar mahel satu hal susah nak dpt yg fresh kalo di bandar ni

makanan ditapai ape je kat mesia ni? jeruk pak ali byk la. hahahahaha

bjalan kaki tu mmg cuba la. setiap ari atleast 5k. tp selalu max 4k je tu pon jenuh kulu kilir kat opis n sambung kulu kilir kat shopping mall lps keje.

yg last tu mmg aku kene tempias sejak 2 menjak lps pkp n pkpb ni.
makin gemuk kain bj semua x muat dah!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 07:42 PM | Show all posts
First of all, in reality, I have heard from so many Korean stories, read the blogs, read comments on YouTube  that most Korean women starve or have eating disorders. These Korean women have a dumb rule that, all Korean women regardless of height, they must be 50kg's or below. No one can be 50kgs forever. The women are suffering with the high demand of looking thin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.070968 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list