View: 1244|Reply: 3
|
Pelantikan Ras Adiba :Diharap Angkat OKU Dalam Penyiaran Negara
[Copy link]
|
|
Pelantikan Senator Ras Adiba Radzi sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) disambut baik komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) tempatan.
Persatuan Pengguna Kerusi Roda Malaysia (PPKRM) malah berharap pelantikan Ahli Dewan Negara itu dapat mengangkat baik imej golongan tersebut dalam bidang penyiaran tanah air.
“Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Yang Berhormat Senator Ras sebagai Pengerusi Bernama. Semoga ia memberi impak positif buat semua OKU di Malaysia.”
Foto: IG, Utusan Online
Menerusi hantaran kenyataan ringkas melalui akaun media sosial rasmi PPKRM, mereka juga berharap informasi golongan itu dapat perhatian lebih luas dalam arus penyiaran negara.
PPKRM ditubuhkan pada 27 Jun 2018 sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan berpusat di Presint 17 di sini, terbuka keahlian kepada mereka berkerusi roda separa atau sepenuh masa.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan Ras Adiba, 52, menjadi wanita selain OKU yang pertama memegang jawatan tertinggi Bernama.
Pelantikan bekas penyiar televisyen yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau menggantikan Suhaimi Sulaiman yang letak jawatan pada 6 Ogos lalu kerana menjadi peneraju stesen TV Sarawak di bawah kerajaan negeri itu mula beroperasi pada 10 Oktober.
Bernama yang ditubuhkan kerajaan sejak 1968 sebagai agensi perkhidmatan berita rasmi negara, turut mempunyai stesen radio dan televisyen sendiri dengan beroperasi 24 jam sehari.
Ras Adiba pula dilantik sebagai senator pada 20 Mei lalu juga antara atlet para negara selain mengetuai OKU Sentral, sebuah NGO domestik yang aktif perjuangkan hak kebajikan OKU.
Mantan penyampai berita TV3 dan NTV7 itu menjadi OKU setelah terlibat dalam nahas jalan raya pada 1995 menyebabkan tulang belakang cedera sebelum bertambah teruk sejak 2002.
Dikurniakan dua anak lelaki iaitu Umar Ras Engel Abdullah dan Amaar Raj Abdullah, beliau berkahwin kali kedua dengan ahli perniagaan, Mohamed Azam Zainal Ali pada 2019 lalu. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pergh.. terus terbang tudung n tayang ketiak lagi.. sebelum ni mcm kepam bertudung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan tak pakai tudung sebab sebelum ni pakai pun sekadar fesyen dan tak pernah buat statement dah berhijab pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam i tengok berita, lawa betul perempuan ni. Rupanya ras adiba. Pegawai ke siapa entah kat sebelah bukan main tersenyum2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|