CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19967|Reply: 92

Hun Haqeem & Merqeen Pelaris Baru Drama Melayu, Takdelah Balik-balik 'Hero K

[Copy link]
Post time 25-11-2020 11:56 AM | Show all posts |Read mode



Trending di kaca televisyen dan laman media sosial dengan drama bersiri Angkara Cinta lakonan Wanna Ali, Hun Haqeem dan pelakon baru, Merqeen.


Biarpun baru bersiaran sebanyak 16 episod daripada 70 episod keseluruhan, ramai penonton sudah dilanda demam dek fenomena ini.



Apatah lagi, pelakon lelaki yang memegang watak Lukman dan Haqeem ini masih muda, tampan dan mempunyai karektor pelakon idaman ramai wanita.


Ramai sungguh yang tidak sabar menantikan episod seterusnya sehingga ada yang melabelkan #teamLuqman dan #teamHaqeem.







Foto : Twitter




Menurut Astro Gempak, kerjaya seni Merqeen, 19, sebagai pelakon baru membuahkan hasil. Membawa watak sebagai Haqeem, lakonannya mencairkan hati wanita dengan perwatakan 'gentleman'.



Sementara itu, Hun Haqeem yang terlebih dahulu terkenal dengan watak Jakfer turut menjadikan dramai ini menjadi bualan.





  



Nampaknya, penonton turut terbuai-buai dengan kedua-dua pelakon tersebut.





Foto : Twitter


Drama yang menceritakan tentang remaja yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem Bin Razlan.

Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan, manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.


Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adik-beradik berkongsi bapa yang sama.





  



Foto : IG





Wah! Kita sudah ada pelakon muda, kacak dan mempunyai aura hero. Jadi, tidaklah terlalu bergantung dengan hero-hero sedia ada. Meriahlah drama tempatan dengan warna-warna pelakon baru. - CARI





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 12:02 PM | Show all posts
Adam Lee (budak tebing) &  Nafiz Muaz (Hilang yg kembali) pon best jugak.  Jangan dilupa Eddy Ashraf, heouls dah lama berlakon tapi agewise muda lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ben amir kembar lisa surihati kru tak masuk list ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry hun, iols tak tengok drama2 percintaan ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:16 PM | Show all posts
Boleh layan pulak Ai dengan drama ni. Bosan layan drama dengan muka2 lama, bila ada muka2 baru ni cubalah Ai layan. Best jugak. Adaptasi drp drama pinoy, Tayong Dalawa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la layan jugak cite ni pas balik keje.. merqeen ni ok la gak. Ada la kayu sikit tp x la teruk sgt..
Gaya mcm budak2 lg. Mmg budak pon baru 19tahun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols sanggup lupakan kes bebird hun terbang asalkan dapat menatap wajah manis hun berlakon di kaca TV
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:54 PM | Show all posts
Lama dh aku tinggal menonton drama tv ni... byk netflix ja skrg..
xknl pelakon baru..
Hun ni pn sbb kg people jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 01:55 PM | Show all posts
Klau llaki wlaupun nmpk bebird pun ttap d julang lgi & lgi lol.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:17 PM | Show all posts
krustykrab replied at 25-11-2020 12:05 PM
Ben amir kembar lisa surihati kru tak masuk list ke

Ben Amir dah masuk group three series.
Ni yang muda-muda,
Hun - 22yrs
Adam Lee - 26yrs
Nafiz Muaz - 21yrs
Meerqeen - 19yrs
Eady Ashraf - 27yrs




Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
I masih setia dengan daddy CEO megah holding.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:37 PM | Show all posts
kenapa mata iols nampak muka dik merqeem ni mcm muka bamtah..gaya berlakon pun lebih kurang..cuma dik merqeem kurang skit kayu nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:51 PM | Show all posts
aku sanggup redah hujan semata2 nak blk awal tgk dorang bdua ni... eyes candy sgt masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:55 PM | Show all posts
azimodin replied at 25-11-2020 12:02 PM
Adam Lee (budak tebing) &  Nafiz Muaz (Hilang yg kembali) pon best jugak.  Jangan dilupa Eddy Ashraf ...

nafiz muaz tu dah macam hilang dari radar jerr... IG heols macam deactivate.... huhuu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Its about time lah produksi tempatan lebh berani utk buat drama Boy's Love..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sori uols aqasha masih boleh jadi hero.. muda belia mukanya walaupun umur 38 + herlok tinggi cerah.. omg aku terjebak drama beri sedikit waktu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts

Marqeen ni iols tengok biasha2 je
Macamana gelinya iols
Tengok capik belakang sikit
Gitulah gelinya iols tengok hun
Untung jdi retis lelaki kat ummah ni
Di husnozon kn acik2 kepam
Walau video bird keluar bersiri2
Tp iols percaya mna2 retis lelaki
ada video ni tak lama akan cash jugak
Mendonia sekejap jer
Tengoklh capik belakang sikit
Dh lah kepam dan makin sendu skrg ni

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 03:29 PM | Show all posts
imrb replied at 25-11-2020 03:04 PM
sori uols aqasha masih boleh jadi hero.. muda belia mukanya walaupun umur 38 + herlok tinggi cerah.. ...

meouls pon rasa aqashah masih layak pegang watak bujang terlajak. masa heouls berlakon bapak2 dalam Hilang Yg Kembali tu rasa lain macam, maybe sebab dapat anak wajah dewasa kot. Beri sedikit waktu tu iouls pon layan jugak tapi boleh tahan slow pace dia. pastu rengsa la tengok pelakon watak biatch yg nak goda hero tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 03:38 PM | Show all posts
BarbiePink replied at 25-11-2020 03:08 PM
Marqeen ni iols tengok biasha2 je
Macamana gelinya iols
Tengok capik belakang sikit

Haha.
Jangan jadi mcm Hun sudah, pasni ada video lak.
Tapi dgr cite ada pic sexy gak si Meerqeen ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hun NO, Merqeen YES!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.465261 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list