View: 10526|Reply: 69
|
Wani Syaz, Anak Ustazah Yang Semakin Berani Cuba Pelbagai Genre Muzik
[Copy link]
|
|
Walaupun anak Ustazah, ia tidak membataskan penyanyi, Wani Syaz, 24, untuk mencuba pelbagai genre muzik, termasuklah irama padang pasir dengan sentuhan muzik moden.
Tahun lalu, Wani mendapat kecaman atas cubaan menari menerusi video muzik lagu Pendusta Cinta, namun kali ini, berani mencuba sesuatu yang segar menerusi single terbaharu berjudul Habibi.
Wani atau nama sebenarnya, Nursyazwani Selamat berkata, dia kini lebih berani mengambil risiko untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza menerusi single Habibi.
Foto: IG
"Ramai netizen menyokong tindakan berani saya yang dahulu, tidak kurang juga mengecam. Namun, jika dilihat dari sudut positif, tindakan yang diambil amat bertepatan dengan lagu Pendusta Cinta, sekali gus menyerlahkan sisi kematangan saya.
"Sebagai anak seni, saya kena berani mencuba walaupun hakikatnya saya seorang yang pemalu, apatah lagi orang mengenali saya anak seorang Ustazah. Jujurnya, apabila mencuba, saya rasa selesa dan seronok pula.
"Jika tak mencuba, saya tak akan keluar daripada zon selesa, bimbang peminat akan bosan. Alhamdulillah, walaupun dikecam, muzik video Pendusta Cinta berjaya mencecah 26 juta tontonan menerusi laman di YouTube," katanya kepada BH Online.
Berkongsi lanjut mengenai single Habibi, Wani berkata, single yang dilancarkan di saluran YouTube FMC Music pada 16 November itu adalah ciptaan lDJ Fuzz, Aziquebeats dan Waris.
Ia juga adalah single kedua hasil kerjasamanya bersama Waris.
"Saya tiada masalah untuk menyanyikan lagu irama padang pasir kerana diterapkan sentuhan moden. Ia adalah genre kesukaan saya dan sangat bersesuaian dengan vokal.
"Saya mengharapkan orang ramai menonton muzik video Habibi, tiada yang akan kecam saya lagi. Berilah peluang kepada saya untuk keluar dari zon selesa.
"Jika boleh saya mahu mencuba genre yang jauh lebih berbeza pada masa akan datang supaya saya dapat membuktikan keupayaan dan mencabar kemampuan vokal," katanya.
Wani berkata, dia berharap muzik video Habibi meraih tontonan lebih tinggi berbanding muzik video Pendusta Cinta yang berjaya mencatat 26 juta tontonan dalam laman YouTube.
Tidak hanya itu, Wani berkata, menyertai pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama juga adalah salah satu langkah beraninya sepanjang bergelar anak seni.
"Sebelum menyertai GGV, ramai yang tidak tahu dan tak yakin dengan kemampuan saya membawakan lagu bernada tinggi, tetapi saya berjaya membuka mata ramai pihak termasuk syarikat rakaman, FMC Music," katanya.
Memulakan langkah sebagai penyanyi pada 2013, Wani muncul dengan single pertama berjudul I Cinta Jer, kemudian popular dengan lagu Lepaskan dan Gemala serta single duet bersama Wany Hasrita, Sinar Terindah.
Terdahulu, Wani pernah menghasilkan single bersama Juzztin berjudul Kembalilah dan Alhamdulillah, seterusnya bergandingan bersama Waris dalam Pendusta Cinta.
Mengulas mengenai dirinya yang boleh dikatakan antara penyanyi yang tidak mempunyai gosip dan cerita panas, Wani berkata, ia kerana sikap berhati-hati dan kurang bergaul sesama artis dalam industri hiburan.
"Saya bukan sombong atau tak suka bergaul, tetapi saya lebih selesa bersama Ummi walau ke mana sahaja pergi. Sekiranya Ummi tak ikut ke Kuala Lumpur, saya akan selalunya terus pulang ke Batu Pahat, Johor jika habis kerja. Saya lebih selesa dengan cara begini," katanya yang juga menguruskan Restoran Beezer box di Batu Pahat. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keras kejunggg tarian tp gigih nk menyanyi menari.. Mak ustajah xajar ke hujung zaman ni kena byk nyanyi #eh ngaji |
|
|
|
|
|
|
|
Tak berminatlah dik.. Kejap tudung labuh, pastu menari2 lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekejap kata anak ustazah,sekejap kata anak seni..mana satu ko ni?
#pembaris |
|
|
|
|
|
|
|
cannot hadam la dik... rupa macam hafaz quran 30juzuk tapi tergelek2 padang pasir walopon kejung jah... |
|
|
|
|
|
|
|
menyampah betul tgk muka dia ni. tak tahu lah kenapa. tp mmg xleh tgk lama2, naik menyampahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry la diknon, kalau terserempak dgn dia ni pun mungkin tak tahu dia ni artist... desa and budak sangat wajah sheols. Pastu menari tarian padang pasir tu i rasa nak menyumpah. Tak mampu tgk sampai habis. Dikk wani jadi ustazah sajo sudahlah |
|
|
|
|
|
|
|
Headgear video clip dah macam acik kelly azman
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam pelapis dewan muslimah PAS. |
|
|
|
|
|
|
|
ramainya Wani/ Wany jadi penyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
banyak nau nama wani jadi penyanyi nih..wany booster, wani kayrie la, wani syaz la..dia ni ksian padahal dia ni wani yg terawal sebelum wany booster tapi mgkin sbab pendek n muka xbrape nk ada komersial kot..soryy |
|
|
|
|
|
|
|
iman tak dapat di warisi.. saka tu maybe la kot .
bila kejar mendunia benda yang jelas haram pun di halalkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Comel....ok tu jah nk komen |
|
|
|
|
|
|
|
Ini dikatakan cantik, ok lah, natural beauty, takderk buat2 muka. Pakai tudung labuh pun ada nafsu nak nyanyi ke dek? |
|
|
|
|
|
|
|
Acu cite
Amende dia buat dlm mv sblum ni sampai kne kecam??
Dia pakai 2 piece dancing tepi pantai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je tengok bukan tergedik2 pun. Tengok family dia pun baik2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya kecaman. Aduhhh. Tapi lawak pulak dibaca.
Kaka ucapan selamat maju jaya ajelah dik. Hihihi. |
|
|
|
|
|
|
|
komen sume kelakar. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia takde aura. Sebelum, semasa waima selepas braces pun kau masih sendu sis |
|
|
|
|
|
|
| |
|