Umur 53 masih handsome dan tegap kan?
Perkongsian Murni Hidayah Azman ini telah memberikan inspirasi buat kita semua. Video ayahnya Tang Teik Ghee/ Azman Tang Abdullah berusia 53 tahun telah meraih perhatian netizen di Twitter.
Ayahnya yang juga seorang jurulatih kecergasan profesionaldan pernah memenangi gelaran Mr Malaysia dalam sukan bina badan sebanyak 2 kali, sering berkongsi tips kecergasan padanya setiap kali mereka bertemu.
Dalam video yang dikongsikan dapat dilihat prestasi ayahnya yang masih bertenaga walau sudah meningkat usia.
Menurut Murni, berbeza dengan trainer lain, Azman melatih klien untuk mendapatkan tubuh badan sasa tanpa menggunakan steroid kerana telah mengalami gangguan jantung apabila mengambil bahan tersebut. Sejak itu, dia lebih gemar mengamalkan cara semulajadi.
Kredit foto: Twitter
Terkini, dia lebih berminat untuk melatih individu yang berpenyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung.
Kredit foto: Twitter
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meminta agar Azman mewujudkan saluran Youtube untuk berkongsi tips-tips senaman dan diet yang betul.
Kredit foto: Twitter via Lobak Merah
Ada juga netizen yang nakal menawarkan diri menjadi ibu tiri pada Murni kerana status ayahnya seorang bapa tunggal. Mengambil kesempatan betul korang ni.
Kredit foto: Twitter via Lobak Merah
Tidak dinafikan apabila mengamalkan gaya hidup sihat, kita akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Encik Azman adalah buktinya. -CARI
|