Seorang lelaki tersalah langkah apabila cuba meragut telefon bimbit milik wanita yang rupa-rupanya seorang ahli seni bela diri campuran (MMA).
Wanita dikenali sebagai Brisa, 20, berkata, kejadian berlaku di sebuah resort di Mar del Plata, Buenos Aires pada minggu lepas.
Kredit foto: Newsflash
Katanya, dia dan seorang rakan kemudian mengejar suspek yang cuba melarikan diri sebelum sekumpulan pekerja menahan lelaki terbabit.
Dalam video kejadian yang tular itu, kelihatan kepala suspek berlumuran darah dikerjakan wanita dengan ketinggian sekitar 150 sentimeter berkenaan.
Kedengaran juga Brisa menjerit "Kamu ingat saya bekerja sehari suntuk hanya untuk kamu mencuri daripada saya dalam masa tiga saat?"
Kredit foto: Newsflash
Difahamkan, polis kemudian tiba di lokasi sebelum menggari suspek dan membawanya untuk membantu siasatan.
Dalam temu bual bersama sebuah program televisyen ‘Nosotros a La Manana’, Brisa menjelaskan dia begitu emosi ketika kejadian kerana berpenat lelah bekerja selama beberapa bulan untuk menyimpan duit selepas gajinya dipotong bagi membolehkannya membeli telefon pintar baru. - CARI