|
Genap setahun kahwin, kini Nazrief Nazri dah bersedia nak menimang anak.
Kata pelakon ini, dia yakin Tuhan mempunyai perancangan yang baik untuk dirinya.
Foto: IG
"Masa mula-mula kahwin, kami memang merancang tak nak ada anak lagi, tapi sekarang kami dah agak bersedia dan serah kepada Allah SWT.
"Maksudnya buat masa sekarang kami tak terlalu berharap dan tak juga menolak rezeki," katanya kepada mStar Online.
Nazrief dan isterinya, Aizatul Aqma berkahwin pada 15 November lepas.
Sementara itu, baru-baru-ini mereka menyambut ulang tahun perkahwinan di Sekinchan, Selangor.
"Alhamdulillah, setahun yang membahagiakan. Banyak benda kami belajar bersama dan saling bantu-membantu."
Walaupun terpaksa melalui awal perkahwinan di musim pandemik, Nazrief bersyukur ada isteri yang menemani.
Waktu terluang digunakan untuk menghasilkan video menarik bersama isteri.
"Sebenarnya saya nak wujudkan satu kefahaman mengenai kewangan di media sosial. Jadi apabila saya buat video sweet dengan isteri, saya turut selitkan juga tentang itu.
"Dalam dunia sekarang kalau saya asyik terangkan pasal kewangan, orang bosan jadi saya kena pandai mencuri perhatian netizen." -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|