Pergaduhan yang sedang dihadapi pelakon Indonesia, Nikita Mirzani dan Ustaz Maaher At-Thuwailibi kini semakin hangat.
Ustaz Maaher dikenali sebagai penyokong kuat Habib Rizieq iaitu ulama dari Indonesia dan salah seorang daripada pengasas-pengasas pertubuhan Islam tempatan, Front Pembela Islam (FPI).
Kredit foto: kliktrend
Baik Nikita dan Ustaz Maaher, mereka masih menyindir antara satu sama lain melalui akaun media sosial mereka.
Setelah menyebarkan cerita tentang bekas isteri Ustaz Maaher mengenai kes keganasan rumah tangga, Nikita Mirzani kali ini membuka aib Ustaz Maaher.
Ibu kepada tiga anak ini sekali lagi mendedahkan kes lama membabitkan nama Ustaz Maaher yang terjadi pada masa lalu.
Kredit foto: IG Nikita
Melalui Instagram, Nikita memuat naik foto keratan akhbar yang mengatakan ‘Maaher pernah diusir dari pesantren atau sekolah agama kerana didakwa terpalit kes homoseksual’.
Sebelum dimuat naik oleh Nikita, maklumat ini telah tular di media sosial, terutamanya Twitter.
Dalam posting tersebut, Nikita menulis kapsyen,
“Maaher diusir dari pesantren kerana kes homoseksual. Kelakar. Persoalannya, apakah Maaher ini boty atau top?”
Catatan Nikita Mirzani nampaknya mendapat sokongan padu daripada pengikutnya. Mereka mengakui kagum dengan Nikita Mirzani yang berjaya mengorek banyak perkara mengenai Ustaz Maaher.
Seperti diketahui, pergaduhan antara Nikita dan Ustaz Maaher itu berlaku setelah Nikita mendakwa Habib merupakan seorang ‘penjual ubat’. Dakwaan ini kemudiannya dianggap telah menghina penyokong Habib Rizieq.
Isu semakin panas apabila Maaher memanggil Nikita sebagai pelacur berzina dan jual diri.
Lalu, Nikita membalas dengan membuka aib satu persatu tentang Maaher dan berjanji akan memenjarakan ustaz yang sering bersikap kasar terhadapnya.
Sumber: Murai
|