"Semalam harga bawang RM18, hari ni RM27, hilang akal ke?"
Begitulah yang dirungutkan rakyat Malaysia dek terkesan dengan harga bawang yang naik mendadak.
Sementelah lagi dengan situasi ekonomi yang semakin teruk, ia membuatkan pengguna tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menanggung beban tersebut.
Foto : Twitter
Di Twitter, seorang pengguna melontarkan kemarahannya kerana harga bawang yang berubah-ubah. Dia mendakwa harga tersebut tidak dikawal kerajaan sehinggakan pemborong boleh meletakkan harga 'sesuka hati' walaupun bawang sebenarnya adalah barang kawalan.
"Sebelum PKPB, harga RM6.50, sekarang saya terpaksa kurangkan bawang dalam burger."
Foto : makanlena.com
Keluhan tersebut turut dipersetujui pemilik kedai runcit yang terpaksa menaikkan harga serta peniaga yang juga terpaksa mencari alternatif.
Foto : Twitter
Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa ianya bukan salah kerajaan kerana pelbagai faktor.
Foto : Twitter
Foto : carigold
Akan tetapi, sebagai barang kawalan, harga bawang haruslah dikawal kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP). Badan ini boleh meletakkan harga siling maksimun supaya tidak berlaku penindasan harga.
Adakah ianya masalah remeh hingga tidak mendapat perhatian menteri atau kita hanya boleh pasrah sahaja? - CARI
|