Baru-baru ini, viral sehelai sijil kelahiran seorang bayi apabila si kecil itu dinamakan sempena lagu TikTok yang viral. Lagu Mipan Zuzuzu menjadi siulan ramai di seluruh dunia dan terbaru ianya menjadi buah mulut di Malaysia apabila seorang bayi didaftarkan menggunakan nama tersebut.
Melalui gambar yang viraI itu, bayi tersebut bernama Mipan Zuzuzu bin Mahzan dan sijil kelahiran tersebut dikongsikan sendiri oleh si bapa di Facebook.
Welcome baby mipan zuzuzu.. uncle aunty boleh panggil zuzu je… Mipaaaaaaaaaaan…. Zuzuzuzu.”
Menurut mStar, Mahzan telah memuat naik gambar tersebut sebaik saja mendapat sijiI kelahiran anak lelakinya yang dilahirkan pada 5 November lepas.
Tanpa disngkanya, gambar tersebut menjadi viral dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen di Malaysia. Namun, Mahzan sebenarnya telah edit dulu bahagian nama anaknya sebelum muat naik gambar di Facebook sekadar untuk bergurau.
Saya ni memang jenis suka edit gambar. Lepas ambil surat beran4k tu saya tengok, rasa macam boleh edit. Jadi saya editlah nama tu. Saya share dekat Facebook untuk hiburan kawan-kawan sebenarnya.”
Tak sangka pula boleh viral. Isteri saya pun tahu tapi dia steady je. Dia tahu saya ni jenis bergurau.
Menurut Mahzan, bayi itu merupakan anak keduanya dan diberi nama Marzuki bin Mahzan. Meskipun hanya bergurau, disebabkan gambar itu menjadi viral Mahzan mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen yang menganggap dia tidak berfikir panjang dalam pemilihan nama anaknya.
Saya saja-saja edit sebab lagu tu pernah trending, saya selalu dengar. Lagipun lagu tu macam ada kaitan juga dengan Marzuki terutamanya perkataan Zuzu.”
Saya tahu ramai kecam. Ada yang guna kata-kata kesat. Mereka kata saya tak ada otak letak nama macam tu. Saya abaikan je. Tapi ada sesetengah yang tahu benda tu edit sekadar untuk hiburan. Takkanlah saya nak bagi anak nama pelik-pelik.”
Lagipun sekarang JPN tak benarkan nama-nama macam tu. Saya saja nak gurau-gurau dengan kawan.”
Sumber : mStar |