View: 1731|Reply: 6
|
Letusan Gunung Berapi Yang Bakal Menghancurkan Dunia. Tapi Dimana?
[Copy link]
|
|
Selain bumi ditelan matahari, salah satu ramalan saintis mengenai kemusnahan bumi dan penghuninya adalah letusan mega gunung berapi.
Masalah sebenar saintis tidak tahu bila dan di mana ia akan berlaku, namun apa yang pasti ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Peristiwa paling hampir menghapuskan kehidupan di bumi adalah semasa pengakhiran zaman Permian, lebih 250 juta tahun yang lalu.
Walaupun saintis belum tahu punca sebenar yang menyebabkan kematian 85% spesies yang hidup di darat dan hampir 95% spesies di laut, namun ramai tidak menolak kemusnahan itu ada kaitan dengan aktiviti gunung berapi dengan skala yang mega.
Menurut saintis di Universiti Oslo di Norway, Henrik Svensen, tiada siapa tahu di mana ia akan berlaku.
Letusan yang sama pernah terjadi 200, 180 dan 65 juta tahun yang lalu tetapi ia jarang berlaku. Apa yang pasti, satu letusan akan berlaku dan persoalan yang besar adalah di mana ia akan meletus?
Menurut kajian yang dijalankan Svensen, kemusnahan spesies di bumi ini bergantung kepada di mana letusan mega itu akan keluar memecahkan kerak bumi, dan bahan utama pembunuh sebenar adalah garam yang dikeluarkan bersama lahar gunung berapi.
Pada masa kejadian yang berlaku di Siberia dahulu, lahar membasahi kawasan lapan kali ganda lebih besar daripada saiz United Kingdom, akibat aktiviti gunung berapi yang berterusan.
Siberia adalah pusat penyimpanan garam yang besar dan apabila ia bercampur dengan aktiviti gunung berapi, ia melepaskan bahan kimia yang memusnahkan lapisan ozon dengan kadar yang tinggi ke atmosfera bumi.
Akibatnya, kehidupan di bumi bergelut dengan radiasi dari angkasa dan kemungkinan besar tekanan punca kematian kebanyakan spesies zaman Permian.
Lebih mengerunkan lagi, jika Siberia meletus sekali lagi, di situ lah kawasan yang paling banyak menyimpan garam di bumi, selain di tengah laut Brazil.
Walaupun kebanyakan spesies akan musnah akibat letusan mega itu, organisma sel tunggal seperti bakteria tidak akan terkesan akibat kejadian itu.
Cover photo: Alain Bonnardeaux @ Unsplash
Sumber: BBC Earth |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Letusan gunung berapi akan menghancurkan dunia ke jatuhnya meteorit besaq yg akan menghancurkan dunia? Ke tiupan sangkakala? |
|
|
|
|
|
|
|
Peristiwa paling hampir menghapuskan kehidupan di bumi adalah semasa pengakhiran zaman Permian, lebih 250 juta tahun yang lalu.
Ginilah rupa kpg halaman masing2 waktu itu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7: Letusan gunung berapi akan menghancurkan dunia ke jatuhnya meteorit besaq yg akan menghancurkan dunia? Ke tiupan sangkakala?
Tiupan sangkakala la tuu |
|
|
|
|
|
|
|
Detik waktu kiamat nanti nak bertaubat pun dah tak sempat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bab2 geologi apa bagai ni I suka follow omen necrofis di facebook. Dapat gakla knowledge selain membaca gosip je hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|