Bagi sesiapa yang aktif bermain media sosial pada 2013, pasti mengenali seorang pemuda menerusi sebuah video tarian yang mengikut rentak lagu Sayang nyanyian artis Indonesia, Shae.
Selepas aksi tarian menjadi fenomena, pemuda yang dikenali sebagai Bobo itu antara terawal tular menghasilkan parodi di media sosial sehingga disunting syarikat produksi, Metrowealth Pictures (MiG).
Namun setelah hampir sedekad, Bobo atau nama sebenarnya Mohamad Farezzul Mohamad Kasim tampil membuat semula parodi lagu tersebut di aplikasi TikTok baru-baru ini.
Penampilan pemuda berusia 27 tahun itu mengejutkan ramai warganet selepas lama menghilang tanpa khabar berita, malah kelihatan semakin aktif memuat naik video di aplikasi berkenaan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat semula kemunculan Bobo yang disifatkan ‘lejen’ selepas mencetuskan fenomena dengan aksi parodinya.
[size=17.600000381469727px]
Selamat kembali rakan masa kecilku!
Nampak makin sihat
‘Lejen’ sudah kembali
Memang betul-betul mengimbau kenangan! Dapat juga merasa jadi artis untuk seketika. Kalau dah buat kemunculan semula ni, harap boleh la hasilkan video yang bermanfaat.
Post time 19-11-2020 09:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Gomea: Bobo ni ok je. Mak dia cantik ok walaupun dah 59 tahun
Kan? Sopan ja orangnya irl. Teringat ex stoden aiol. Memang weng bila buat video tapi irl heol sebenarnya pendiam (kecuali bila bersama geng baru jadik loud) dan pemendam.