View: 14581|Reply: 109
|
"Tak Suka Tengok Ali Puteh," - Azhan Rani 'Basuh' Netizen
[Copy link]
|
|
Pelakon Azhan Rani menegur tindakan seorang warganet yang tiba-tiba meninggalkan komen tidak suka melihat pelawak Ali Puteh di dalam posting Instagram (IG)nya.
Azhan menerusi sebuah hantaran telah memuat naik tangkap layar individu tersebut dengan tujuan untuk menasihati bukan mengaibkan.
Kredit foto: IG
Tambah Azhan lagi dia tidak mempunyai masalah dengan pelawak tersebut dan tidak berminat untuk mengambil tahu tentang hal peribadi Ali.
“Toxic detected. Aku ni bukan la jenis suka menjawab sangat. Tapi aku faham kadang-kadang perlu juga dijawab sesetengah perkara yang aku rasa boleh membiakkan toxic.
“Jujur aku cakap sejak bekerjasama dengan Ali Puteh ramai je yang pandang semacam kat aku. Why aku baik sangat dengan dia.
“Nak kata macam mana, dia dengan aku dan team production takde masalah. Apa yang aku jawab kat komen tu jujur dan ikhlas. Hal peribadi dia bukan masalah aku pun dan kami tak pernah ada rasa excited nak campur walaupun aku tau satu Malaysia tengah kepochi dengan isu dia,” tulis Azhan.
Azhan berkata setakat ini Ali sangat komited dengan kerja dilakukan dan merupakan penceria di set penggambaran.
“So far kerja dia bagus, dia penceria set. Set akan suram bila hari dia tak ada. Apapun masalah dia, aku pasti ada penghakiman dunia dan akhirat yang adil untuk dia dan bukan hak aku atau kita yang tak ada kena mengena ni untuk mengadilinya.
“Beria jugak aku menjawab panjang-panjang komen tu. Rupanya bila selak bio tukang komen tu terserlah jawapan yang dia cari.
“Mungkin dia lupa apa yang pernah dia tulis kat bio dia,” katanya merujuk kepada pengguna laman sosial yang menulis prinsip ‘tak suka angkat kaki’ di IGnya.
Pelakon Bikin Filem itu turut memohon maaf kepada individu tersebut kerana terpaksa bertindak tegas untuk menghentikan penyebaran toksik.
“Abang minta maaf dik…Abang up kan ko ni bukan sebab nak tengok ko popular pun. Tapi sebab nak stopkan kau sebarkan toxic.
“Tak baik pun buat macam tu. Kalau betul kau bermasalah dengan dia, tak payah libatkan orang lain yang tak ada kena mengena. Ke ko jumpa Ali puteh tu settlekan masalah kau dengan dia.
“Inshaallah dik kita try la berbuat baik sesama kita. Kita hormat orang inshaallah ramai orang akan hormat kita.
“Kadang-kadang tu bila kita lantang nau cakap kita tak minat orang tu, kita lupa sebenarnya lagi ramai orang tengah tak minat kita. Wallahualam.
“Hidup ini senang je. Kalau kau tak suka angkat kaki,” tulis Azhan. -CARI
Sumber:Gempak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rajin ye netizen komen dekat ig retis.. btw iols tak suka si susun berkerak |
|
|
|
|
|
|
|
memang hidup ni senang tak suka angkat kaki..
orang tak suka ali, dengan filem drama kau dorang takkan support..
agak-agak senang tak hidup drama tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Demo dok kena bare azhan rani |
|
|
|
|
|
|
|
kowserrrrrrr............. nak muntoh baca komen balas azhan rani |
|
|
|
|
|
|
|
Memang idok ler teman nak nengok drama ni. {:spec |
|
|
|
|
|
|
|
memula ingat nak layan...sekali nampak si itam ni... terus x jadi nak tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
Tetap tak suka ali susun ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Jom boikot. Kata iols yg memang xpernah nengok drama lokal. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib boikot memboikot si ali puteh sama la cm si herul jering hauk berlakon filem manjang tpi tetap kayu kayan..TUTUP TV!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 18-11-2020 02:03 AM
Rajin ye netizen komen dekat ig retis.. btw iols tak suka si susun berkerak
Banyak free time deme tu |
|
|
|
|
|
|
|
eh macam si herul punya cerita lah. memang orang tak suka, so tak layan. yang kat netflix tu aku adalah bukak tengok nak tahu ... ya Allah, so tak best. so cheap jugak aku rasa. memang tak habis aku tengok. tak berminat.
itu pun si herul rasa dia sentiasa hebat. awal2 keluar duk printscreen top 10 in malaysia . tak pastilah top 10 tu dia kira orang tengok habis ke tak
yang si kaki susun ni samalah jugak. Dayah hidup aman aman tapi dia sibuk nak memerli lagi sana sini. patutnya kalau insaf dan ambil iktibar, senyap je... teruskan hidup dan kerjalah mana ada rezeki. ni tak..orang dah lega, dia tak habis jugak . mana orang tak annoying.
tengok diva AA. jenis mulut hansuang kaki maki segala. tapi dia jenis takde dendam2. maki situ habis situ. masuk industri balik, orang sambut happy walaupun ada je kurang sana sisni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Done unfollow ig pelakon azhan ni. Start tunjuk bulu ketiak pelesu tu saya dah mula rasa mual, tapi boleh bersabar lagi. Lepas tu asyik tunjuk orang melatah.. pun boleh bertahan lagi. Lepas tu basuh follower.. ok lah saya angkat kaki. Follower tu cuma cakap tak minat ali susun.. dia pulak yang sentap lebih. Tapi takpela follower ig dia ramai lagi kan. Semoga maju jaya lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Org tu cuma cakap dia x suka ali terus dilabel toxic
Bukannya dia cakap buruk2 pasal ali tu ke maki hamun ke
Jadi I x suka iphone terus dilabel toxic ke oleh tim cooks? |
|
|
|
|
|
|
|
kesian drama tu..bakalan jd senasib mcm drama jering blakon dlu..jilajalil pn pertahankan jering, lps tu diboikot teros drama tu dan jering teros sendu lps tu..settle keje netizen
maafla azhan..prangai ali setan ni jahat sejahatnye..kalau tak terbongkar prangai die, berputeh mata la dayah anak branak tgk harta arwah laki die dikikis begitu shj..kereta yg bukan hak dorg pn bole dilelong sewenang2 nye apetah lg harta lain..kau nmpk tak azhan betapa setannye si ali tu |
|
|
|
|
|
|
|
Boikot sajooo.... Tak kuasa nk bg rating kat ali hitam ni... Biat produser tak bg keje dah... Belagak nk mampos |
|
|
|
|
|
|
| |
|