Gaul pakai tangan je.
Baru-baru ini viral di Tik Tok video seorang wanita secara langsung membuat krim yang didakwa krim pemutih kulit.
Berdasarkan video-video lain yang dikongsi, wanita ini turut menunjukkan proses pembuatan krim dan kaedah pembungkusannya sekali.
Malah dia juga sering memakainya sendiri. Selamat ke ni?
Wanita ini turut membuat hantaran di Facebook mempromosikan krim ini dan memaklumkan bahawa krim ini selamat digunakan dan sesuai untuk sesiapa yang berhajat untuk mencerahkan kulit dengan cepat.
Dapat dilihat wanita ini mempunyai ramai pengikut di rangkaian media sosialnya kerana keberkesanan produknya itu tapi di bagi netizen Malaysia lain pula reaksi mereka.
Kredit foto: Twitter
Ada juga netizen maklumkan bahawa krim tersebut adalah krim badan dan ianya ada satu norma biasa bagi masyarakat Vietnam.
Kredit foto:Twitter
Sekiranya benar dakwaan di atas, berani tak anda nak cuba? -CARI
|