Seorang wanita mencetuskan kontroversi kerana membuat keputusan untuk tidak memiliki anak buat selama-lamanya.
Ailin Cubelo Naval, 22, membuat pengakuan di media sosial sehingga menjadi perbincangan di Amerika Latin kebelakangan ini.
Oddity Central melaporkan, remaja itu mengakui hasratnya untuk tidak mempunyai zuriat timbul kerana menjadi orang dewasa hanyalah satu bentuk pemaksaan semulajadi.
Ailin, Foto: Oddity Central
Untuk itu dia membuat keputusan untuk mengikat tiub Fallopio di saluran reproduksinya sendiri.
Tindakan itu diambil kerana ingin memastikan dia tidak akan hamil selamanya, sesuatu yang tidak disarankan pengamal perubatan.
Katanya, dia tidak mahu menghabiskan hidupnya hanya untuk membesarkan anak.
Bagaimanapun, pandangannya menimbulkan kontroversi dan menyebabkan pakar sakit puan tidak membenarkannya mengikat tiub Fallopio sebanyak dua kali.
Sebaliknya, mereka menyarankan Cubelo mendapatkan khidmat pakar psikologi.
Selepas dikecam dan hasrat itu ditolak, dia mengetahui prosedur mengikat tiub itu dibenarkan di negaranya sejak 2006.
Cubelo kemudiannya berusaha mendapatkan doktor lain dan menjalani prosedur pembedahan.
"Bagi sesetengah orang, keinginan untuk menjadi ibu adalah wajar, tetapi tidak kepada saya. Tiub saya diikat kerana tidak mahu mempunyai anak, bukan sekarang atau selamanya,"kata Cubelo kepada laman berita Argentina, Infobae. -CARI
Sumber: Harian Metro |