Pelakon dan pelawak Mat Over sentiasa bersedia sekiranya ada penerbit ingin memberi tawaran berlakon.
Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Mat Yasin, 68, berkata, sudah lama dia tidak menerima tawaran berlakon apatah lagi apabila negara kini sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.
Kredit foto: IG Mat Over
"Kali terakhir saya mendapat tawaran untuk drama berepisod adalah pada tahun lalu menerusi drama Rindu Yang Terlarang.
"Selepas itu, ada juga tawaran, tetapi bukan drama. Saya faham dunia seni baru kembali aktif selepas terhenti beberapa bulan akibat Covid-19 dan berharap selepas ini ada rezeki untuk saya," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerusi program Finas Prihatin 2.0, di sini, hari ini (semalam).
Mat Over berkata, kunjungan daripada Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid membuatnya terharu dan terasa dihargai.
Katanya, kehadiran dan sumbangan itu adalah menunjukkan FINAS mengambil peduli mengenai pelakon lama sepertinya dan rakan-rakan yang lain.
Post time 14-11-2020 02:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Penerbit lain pun takut nk bgi job kat ko takut ko g lempang muka penerbit lak..da la dulu main bola sepak boleh lak seska babi dia je gi terajang blakang org