CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 7

Syed Saddiq Persoal Keutamaan KKM Anjur LightUpBlue@Putrajaya

[Copy link]
Post time 13-11-2020 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: IG/Twitter




Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi hantaran di Facebook mempersoalkan keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan acara LightUpBlue@Putrajaya bagi menghargai jururawat dan petugas barisan hadapan.


Menurut hantarannya, Anggota Parlimen Muar itu bertanya bagaimana acara anjuran kementerian bermula 12 hingga 15 November di Putrajaya berkenaan dapat membuat petugas barisan hadapan di Sabah berasa dihargai.







"Mujur ada program ini untuk menghargai semua petugas kesihatan. Jika tidak dinyalakan lampu biru di Putrajaya, mungkin frontliners (petugas barisan hadapan) akan rasa terabai dan tidak dihargai lagi.

"Sementara itu di Sabah, ada frontliners yang terpaksa pakai kenderaan 4x4 (pacuan empat roda) sendiri dan ambil pesakit di pedalaman untuk dibawa ke Hospital," katanya.







Lapor MalaysiaKini, baru-baru ini pegawai kesihatan di Sabah dilapor perlu menggunakan kenderaan peribadi sebagai ambulans untuk membawa pesakit dari kawasan luar bandar yang dilanda banjir. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2020 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Saddick ni kejap nampak helok kejap kepam
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 03:17 PM | Show all posts
Laporan dari Malaysiakini. Media rasis dan kaki fitnah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 03:24 PM | Show all posts
Oh laporan malaysiakini ke, tak ubah mcm laporan Utusan masa BN berkuasa...........
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Menda dah ada. Cuma setting .


Setakat nak buat tak payah nak majlis perasmian pun takpa...buang masa dan duit je majlis tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 03:29 PM | Show all posts
Tahniah frontliner yang tidak mempolitikkan isu bawa 4X4 sendiri ketika banjir. Inilah nilai murni penjawat awam kita.
Lampu di Putrajaya Lampu LED programmable. Nak colour apa pun boleh. Nak guna pink support LGBT pun boleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2020 03:33 PM | Show all posts
highcastle replied at 13-11-2020 03:24 PM
Oh laporan malaysiakini ke, tak ubah mcm laporan Utusan masa BN berkuasa...........

itu je frontliners dpt dari berbeliyon bajet yg dibentang?
jematan kaler biru. itu je??


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 13-11-2020 10:01 AM
Saddick ni kejap nampak helok kejap kepam

True. Tp kalau kalau jumpa santai dengan dia, he is so charming tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.504733 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list