View: 3908|Reply: 22
|
[Politik]
Belanjawan Boleh Bankrapkan Negara – Mantan PM, Tun. Mahathir
[Copy link]
|
|
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bimbang kerajaan perlu meminjam untuk melaksanakan belanjawan yang dibentangkan Jumaat lalu. Jika itu berlaku, dianggarkan dapat meningkatkan hutang kerajaan kepada RM1.3 trilion.
“Itu banyak wang. Sekiranya negara gagal membayar pinjaman, kita mungkin muflis,” katanya dalam tulisan blognya hari ini. Menurut beliau, belanjawan tersebut adalah yang terbesar iaitu kerajaan membelanjakan RM322.5 bilion.
“Saya bukan pemodal. Tokoh-tokoh besar ini sangat membingungkan. Nampaknya Kerajaan akan memasukkan wang ke dalam saku semua orang, kaya dan miskin, bekerja dan menganggur.
“Soalan yang ingin saya ajukan adalah dari mana wang itu akan datang. Defisit tersebut dikatakan sekitar RM85 bilion. Ia lebih besar daripada anggaran pembangunan RM69 bilion.“Kita tahu bahawa wabak COVID-19 telah memberi kesan buruk kepada ekonomi. Walaupun industri sarung tangan telah berjalan dengan baik tetapi Petronas dan Pelancongan, dua penyumbang terbesar pendapatan Kerajaan, telah menghasilkan prestasi yang sangat buruk.
“Semua industri lain mengalami teruk. Saya rasa pendapatan dan cukai korporat tidak akan sama dengan 2/3 daripada angka biasa pada waktu biasa,” katanya.
Sehubungan itu, Dr. Mahathir mencadangkan agar kos pengurusan dan pembangunan dipotong. Dalam 15 tahun kebelakangan, kata beliau, gaji dinaikkan dengan kadar yang sangat tinggi – sebanyak 25% setiap kali.
Menteri dan anggota parlimen, katanya, telah diberi banyak elaun hingga ramai yang berminat untuk menjadi anggota Parlimen dan Menteri.
“Saya mesti mengaku takut. Ini adalah anggaran besar tetapi bolehkah kita mengumpulkan wang untuk membiayai. Hutang kerajaan akan menjadi RM1.3 trilion. Bagaimana kita membayar,” kata beliau.
Oleh itu, beliau berharap belanjawan dapat diubah agar menjadi lebih realistik. Maka kita boleh menyokongnya. Kita tidak perlu disuap atas sokongan kita. Kami tidak mahu menimbulkan krisis.
“Datuk Seri Shafie Apdal telah mencadangkan agar Menteri harus memotong gaji mereka sebanyak 30%. Itu adalah tokoh besar. Saya rasa orang yang mendapat gaji tinggi di sektor Kerajaan atau swasta harus melepaskan 10% daripada gaji mereka. Ia adalah pengorbanan tetapi saya rasa tidak akan merugikan mereka sekiranya ada titik pemotongan yang munasabah,” katanya.
Wang itu jelas beliau digunakan untuk menyediakan makanan kepada penganggur dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan.
Sumber : suaramerdeka.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Belanjawan saiz RM314.5 bilion tahun 2019 bawah PH tak bankrapkan negara.
Belanjwawan saiz RM322.5 bilion tahun 2021 (cuma 2.5% lebih besar dari bajet 2019) bawah PN untuk menyelamatkan negara dalam krisis Covid akan bankrapkan negara.
PH tambah hutang negara RM140b dalam 22 bulan tak bankrapkan negara.
PN tambah hutang negara untuk lawan krisis Covid akan bankrapkan negara.
Malaysia hanya selamat jika dia PM.
Malaysia dalam bahaya jika lain orang jadi PM.
Page Najib Razak |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg betul pun. Nk sambung mora tu pun iols dah ko bio betik, ad jugak staff bank kena retrench ni nnt... soal bantuan covid tu, udoh2 ler... hakikatnya yg terkesan sbb covid ni hanya mereka2 yg hilang kerja jah n peniaga jah...yg keje gomen tu nak bantu lebih2 x payah la... |
|
|
|
|
|
|
|
wnwa05 replied at 11-11-2020 02:14 AM
Belanjawan saiz RM314.5 bilion tahun 2019 bawah PH tak bankrapkan negara.
Belanjwawan saiz RM322. ...
Agak x munasabah nak bandingkan hutang zmn ph & pn .zmn ph takdak covid & ekonomi berjalan sprti biasa serta krajaan ph MAMPU mbayar balik segala malar hutang. Bandingkan zmn pn plak? Sgt contradict...
Tp ye la since awk ni follower NR, so sy dah boleh agak tahap mana je pemikiran awk ni boleh pegi...maaf la i tpksa bkata benar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dgn tun.... tapi ramai yg akan marah dan sudah marah dgn cadangan2 iteww spt mereka2 yg tidak terkesan dan mereka2 yg tidak mahu peduli dgn situasi sekarang sebab diri2 mereka sudah senang... kenapa perlu susah |
|
|
|
|
|
|
|
Orix: Mmg betul pun. Nk sambung mora tu pun iols dah ko bio betik, ad jugak staff bank kena retrench ni nnt... soal bantuan covid tu, udoh2 ler... hakikatny ...
Ntahhh..kerja tak pergi,gaji tak terusik,masih jugak dapat manafaat macam2.lain la yang tak dapat kerja atau kilang yg stop operasi ,logik juga nak bantu.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah berpuluh taon makan hasil jadi mp & menteri baru rasa terlalu tinggi ke? mmg yb dan menteri tak patut langsung dapat elaun tambahan imo, sbb kebanyakan naik bukan sbb ada kelayakan tapi pandai tabur janji munafik. penjawat awam biasa apply kerja guna kelayakan masing2. dah sukarela nak mewakili suara rakyat amik gaji cukup2 dah la untuk hidup asas, ni naik jd vvip pastu marhaen kena bagi dia layanan istimewa pulak bila muncul kat mana2 event. pow cukup2 up gaji senirik tunggang nama rakyat alasan jd pegawai kebajikan padahal buat isi tembolok senirik. eh kalau demi rakyat masukkan dlm peruntukan dun/parlimen bukan bawah gaji peribadi. tapi yg ni kalau silap langkah jd pecah amanah pulak kan? kalau masuk bawah gaji bebas guna tujuan peribadi, cara HALAL nak pow duit. asal jd yb je boleh kaya, patut yg asal kaya jd miskin sbb harta habis guna bantu rakyat ni terbalik pulak. harta kerajaan = harta dia. truly politaiksss |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 11-11-2020 07:11 AM
dah berpuluh taon makan hasil jadi mp & menteri baru rasa terlalu tinggi ke? mmg yb dan menteri t ...
Ekceli i ternanti-nanti gak menteri or mp mana yg berani mati nak cadangkan pemotongan gaji ni kecuali madey...too sad, nobody yg berani ke hadapan utk mencadangkan ...potong10% je pon bg deyeols dah terlampau bsr amountnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Makin besor income , makin besar pinjaman kowt. Klo pendapatan pun tak terjejas , amik duit rizab bank lagi. Mcm mengarut ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 11-11-2020 07:19 AM
Ekceli i ternanti-nanti gak menteri or mp mana yg berani mati nak cadangkan pemotongan gaji ni kec ...
Mahathir ni taraf dia bukan potong 10% pencen ke gaji ke. Dia dah kaut kekayaan malaysia setengah abad kot. Kalau die bagi setiap rakyat malaysia sorang RM10,000 pon x luak la duit yg die kebas dari rakyat. Tak yah lah acah2 suci sangat potong 10% tu mcm banyak sangat. Acah acah suci sangat kerala ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan org lain jadi PM aje mesti issue "BANKRAP" timbul dari atoktok ni!! Kalau kau ikhlas utk Malaysia dan Rakyat, kau berhenti berpolitik dan jadi TUN M yg natural dan bagilah ide ide yg kau rasa bagus utk negara. pasti semua org akan menghormati kau as Tokoh Negara ulung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Atok dulu la jugak buat bon samurai la, pnjaman silk road la. Klau mora sambung tak mungkin bank akan downsizing. Income bank bukan kat interest sahaja mostly trade dan syer jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
tu le masa xde krisis duk jarah sana sini sampai nearly kontang petronas (trademark atok sauk petronas zaman berzaman )
ekonomoni dah start suram dah dari 2018 kne kobaid betambah parah le |
|
|
|
|
|
|
|
printercomel replied at 11-11-2020 09:33 AM
Atok dulu la jugak buat bon samurai la, pnjaman silk road la. Klau mora sambung tak mungkin bank ak ...
I love SILK ROAD..
[youtube]8gXZPaIl6us[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
|
Jiwa naluri dlm memerintah negara, utk rakyat by rakyat, oleh kerajaan tebok atap hari ini dah tahap muflis(kepentingan politaik mereka melaungkaui kesengsaraan rakyat)..so tak mustahil budget lakaran mereka pun boleh mengbangkrapkan....
kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tagas at 11-11-2020 09:54 AM
enafla 22 bulan atok punya kencing
dah tak relevan dah idea atok
idea zaman purba
org dah zaman dynamite k pop bagai tok
atok nye idea zaman pop ye yeh a ramli
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai tidak mahu contohi atok. Sepanjang pemerintahannya dah terbukti anak-anak atok semua berjaya dalam perniagaan dan kaya raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramainya pakar ekonomi Di Cari ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Negara kena berjimat, elakkan berhutang dengan negara luar ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dpt naik gaji 25% setiap kali tu, sektor mana tu, bestnya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|