|
|
"Yang mendoakan saya agar berjodoh dengan Uqasha, diucapkan terima kasih dan alhamdulillah."
Serasi bergandingan bersama, Kamal Adli, 34, bersikap terbuka apabila diusik peminat mengenai hubungannya dengan Uqasha Senrose.
 Kredit foto: IG Kamal
"Sebelum ini untuk drama Setelah Terlafaznya Akad dan baru-baru ini, PTD (Perempuan Tanpa Dosa) pula kami 'shooting' selama tiga bulan di Kuantan dan Terengganu, ia sama sekali buatkan kami lebih rapat.
"Namun saya tak menidakkan, jika ada jodoh dengan dia, saya terima. Kalau ada jodoh oklah.
"Sekarang kalau dah ada pasangan yang sesuai, saya tak nak buang masa bercinta bagai. Rasa suka sahaja, terus kahwin.
" erkara yang lalu biarlah berlalu dan saya anggap tiada jodoh. Tak perlulah, dikenang lagi," katanya.
Tidak terkecuali pasangan ini turut diusik oleh Michael sendiri apabila pengarah terbabit memuat naik video di Instagram bertanyakan kesahihan gosip yang mengatakan mereka sudah menghadiri kursus perkahwinan, baru-baru ini.
Kamal menafikannya dan menganggap sekadar gurauan semata-mata.
"Dia sengaja buat cerita dan benda ini tak betul. Takkanlah waktu shooting kami sempat nak pergi.
"Lagipun dalam keadaan Covid-19 ini, mana ada kursus kahwin dianjurkan. Jangan percaya. Dia hanya bergurau.
"Sebenarnya, sekarang pun saya tak boleh fikir apa-apa dengan Covid-19 yang masih membelenggu kita. Saya bersyukur kerana masih ada peluang untuk terbabit penggambaran dan ada pendapatan," katanya. - CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|