View: 3327|Reply: 31
|
Ingatkan Perompak, Lelaki Tertembak Isteri Hamil
[Copy link]
|
|
Miami: Niat seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat (AS) adalah untuk melindungi keluarga daripada ancaman bahaya, tetapi lain jadinya apabila dia tidak sengaja menembak isterinya yang hamil.
Insiden itu berlaku apabila lelaki berkenaan menyangka ada perompak cuba memecah masuk rumahnya.
ABC News melaporkan Sheriff daerah Martin County, William Snyder mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.30 pagi pada Rabu lalu di Stuart, dekat sini.
Foto: Harian Metro
Menurut Snyder, lelaki berkenaan memberitahu pegawai penyiasat yang dia tidak sedar isterinya tiada di dalam bilik ketika kejadian.
Selepas menembak mangsa, dia terus menghubungi talian bantuan kecemasan dan memaklumkan tidak sengaja menembak isterinya.
"Suami mangsa memberi penjelasan terperinci dan memberitahu dia terjaga pada tengah malam selepas terdengar bunyi seperti ada individu lain berada di dalam rumah.
"Sebelum pergi meninjau, lelaki itu membawa bersama pistol bertujuan untuk melindungi diri seandainya berlaku kejadian tidak diingini.
"Sebaik melihat kelibat orang, lelaki itu terus melepaskan tembakan dan malangnya, mangsa adalah isterinya sendiri," katanya.
Menurut Snyder, mangsa yang hamil enam bulan dilaporkan meninggal dunia di hospital, lapor WPBF.
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang ada di dalam rumah ketika kejadian tidak mengalami kecederaan.
Namun, pejabat Sheriff tidak mendedahkan identiti mangsa dan suaminya bagi melindungi mereka seperti mana yang termaktub di dalam undang-undang.
"Insiden ini ibarat satu mimpi ngeri kerana seorang suami yang mahu melindungi keluarga tidak sengaja membunuh isterinya.
"Siasatan lanjut berhubung insiden itu masih dijalankan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mesti si suami menyesal seumur hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
Knp tak intai dulu baru tembak. Tembak membabi buta. Bahaya org awam pegang pistol jd mcm ni lah. |
|
|
|
|
|
|
|
AKu pernah dengar cerita ada lelaki nampak perempuan kena ragut. Lelaki tu pandu kereta nak langgar peragut tapi tersilap terlanggar perempuan tu. Perempuan tu meninggal dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Oscar Pistorius dulu guna alasan macam ni lah bunuh gf heols. |
|
|
|
|
|
|
|
Sblm nk tembak tu x kan la xde bagi warning ke minta angkat tangan ke...ni x terus tembak apa cerr? Ada bau ikan kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
kalau Florida Man ni memang cite aneh2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat sangat bertindak tampa pastikan dulu siapa orangnya tu merugikan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Xkan tak kejutkan isteri masa perasan ada pencuri nak masuk? Xkan xpanik nak bagitau isteri kalau rasa ada org pecah masok? |
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa disengajakan... mesti dia dah tau yg setiap mlm bini tu turun ke kitchen minum air ke apa... ada pregnant woman mmg panas dan dahaga ... |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan biasa bila husband bunuh bini. Kamon. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ikut SOP ke apa nak kendali senjata.
Patut pastikan dulu siapa,bukan main boh jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah sgt pemilikan pistol. In the end salah guna gun, kids going rampage with gun at school atau tersalah tembak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bau ikan sgt kes ko nih. Bini preggy summore.
Harap polis buat siasatan dgn lebih teliti. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm pelek jugak,xkan xnengok bininya xada sebelah.. Ni bngun dngr bunyi, nmpk bayangan org terus tembak.. |
|
|
|
|
|
|
|
something fishy laki nya itu |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes nak claim insurance apa...banyak jek kes pasangan bunuh membunuh sebab nak tuntut insurans ataupun kerana org ketiga... |
|
|
|
|
|
|
| |
|