Seorang pelajar kolej berusia 20 tahun ditemui mati di billik asramanya, Kolej Grace, Indiana, Amerika Syarikat akibat Covid-19.
Menurut Daily Star, Bethany Nesbitt yang disahkan positif Covid-19 sebenarnya telah mendapatkan rawatan di hospital, namun dibenarkan pulang hujung Oktober lalu setelah pihak hospital percaya dia boleh merawat dirinya sendiri sehingga pulih.
Foto aily Star
Walaupun keputusan autopsi menunjukkan punca kematian pelajar tersebut kerana saluran darah tersekat akibat Bethany yang mengidap Astma, namun keluarga Bethany tegas menyatakan yang Covid-19 memburukkan lagi keadaan.
Oleh itu, keluarga Bethany mengeluarkan kenyataan bahawa jangan menganggap orang muda tidak mempunyai risiko kematian akibat Covid-19 ini.
"Jangan anggap orang muda tidak terkesan dengan virus ini. Bethany seorang yang berhati-hati. Dia memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal. Jadi, tidak semestinya orang muda mempunyai antibodi sendiri melawan virus ini."
Foto aily Star
Takziah kepada keluarga Bethany. Semoga kita semua mengambil langkah berhati-hati dalam menangani pandemik ini. - CARI
|