"Saya menjual hingga ke Singapura dan Brunei. Namun, apabila Covid-19 melanda, saya perlu lebih kreatif."
Aktres Azza Elite, 42 mengakui terkesan akibat pandemik Covid-19 yang menjejaskan perniagaannya sebelum ini. Hal itu membuatkan dia beralih arah menjual di media sosial dan terbaharu, berniaga di lokasi penggambaran pula.
Foto : Berita Harian
Menurut Berita Harian, pelakon yang kini popular menerusi drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa itu tidak menyangka percubaannya membuahkan hasil positif.
"Saya sebenarnya mula berniaga selepas bertudung pada 2013. Sekarang tumpukan pada pakaian muslimah, tudung, telekung dan sejadah. Tapi, disebabkan dah tak boleh merentas negara, saya berniaga secara dalam talian dan terbaru, menjual di lokasi penggambaran."
Foto : IG
Ketika menjalani penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang di sebuah kampung, Azza mengambil peluang menjual barangannya kepada penduduk kampung itu. Malah, perkara sama turut dilakukan ketika penggambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu terbitan Zeel Production
"Ketika shooting baru-baru di Perlis pun penuh kereta saya dengan pelbagai barangan. Memang itu yang saya amalkan dari dulu lagi."
Foto : IG
Bukan sahaja baju Muslimah dan sejadah, Azza turut menjual pewangi kereta kerana ianya mudah dijual dan juga murah.
Baguslah begitu, mencari rezeki asalkan tidak menganggu kerja hakiki, apa salahnya? - CARI |