CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2030|Reply: 19

[Dunia] Cikki leluhur kicap lapor polisi kerana suami botak

[Copy link]
Post time 3-11-2020 08:14 AM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Selepas dua tahun berumah tangga, seorang wanita di Thane, Maharashtra, India, membuat laporan polis terhadap suaminya.

Bagaimanapun, laporan berkenaan bukanlah disebabkan masalah jenayah atau keganasan rumah tangga.

Sebaliknya, wanita itu berbuat demikian kerana mendakwa ditipu oleh suaminya hanya kerana lelaki itu berkepala botak.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan, wanita berusia 27 tahun yang bekerja sebagai akauntan.

Media tempatan melaporkan wanita berkenaan membuat laporan mendakwa dirinya ditipu di balai polis Naya Nagar, Thane.

Tindakan itu dibuat kerana berasakan suaminya tidak jujur apabila menyembunyikan hal sebenar daripada pengetahuannya.

Pegawai Kanan Polis, Kailash Barve berkata, wanita itu memaklumkan sebelum berkahwin, dia tidak mengetahui bahawa suaminya itu tidak mempunyai rambut.

Wanita terbabit mendakwa, lelaki itu pada awalnya menyembunyikan perkara itu dengan memakai rambut palsu.

"Wanita itu memberitahu dia mengetahui perkara sebenar sehari selepas berkahwin dengan suaminya iaitu sebaik tiba di rumah keluarga mentua.

"Keluarga mentua pengadu menganggap ia sebagai perkara yang remeh.

"Namun, wanita itu tidak dapat menerima hakikat itu dan berkata tidak akan berkahwin dengan suaminya itu jika tahu perkara sebenar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2020 @ 7:55 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini kelakar, laki mcm Mahatma Ghandi pun dia tak rasa merembes
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Selepas 2 tahun baru dia report polis?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini mabuk todi
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 11:32 AM | Show all posts
Baik redha je lah. Kalau perangai laki tak betul baru lah ambil tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pala botak kt bwh tu hang nk plak ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2020 12:37 PM | Show all posts
SELEPAS 2 TAHUN???

Kalau lepas dapat tahu tu ok lagi nk buat report ini...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak tunggu 2 tahun baru report? {:question
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama nau pendam, mesti asal pandang laki dia je duk teringat kepala botak tu.
Hujung2 rasa tak mampu lagi bertahan gitteww

Iols dulu kemain cakap kt suami suka la tengok gigi dia sebab cantik je kebetulan plak iols mmg suka lelaki yg mempunyai gigi depan yg cantik.
Sekali molek je suami iols tolak gigi  dia kedepan adeh gigi palsu rupanya
Tapi gigi dia memang nampak macam ori maybe gigi palsu memang dibuat ikut gigi asal kot. Kaler pun off white bukan putih kapur kasut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama betul dia pikir sebelum buat report ye, mkn 2 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yum nang hair care bukak cawangan kat sana mesti laku keras.

Bukan sahaja laku malah boleh menyelamatkan rumah tangga si isteri bodoh ini sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 03:48 PM | Show all posts
there's something rugged about bald men la.. esp kalau ada 5 o clock shadow..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 03:52 PM | Show all posts
bini dia mesti jenis "kalau sebelum kahwin pun berani menipu, apa lagi penipuan dia di kemudian hari"
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wei Meenachi.  Get your priorities right. Kepala botak yg kat bawah tu lagi penting dari kepala botak yg kat atas.  Apa la sangat kalau setakat kepala diatas tu tak berambut. Kang terlampau hensem laki kau...kau jugak yg cemburu.  You know la ladies.....tak tahu apa yg dia hendak dalam hidup ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 05:36 PM | Show all posts
dah ada boyfriend baru kot...
tu yang buat alasan laki botak
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 05:42 PM | Show all posts
iols macam faham apa yang meenachi ni lalui so ai is kesian...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 05:54 PM | Show all posts
mengarut betul
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mak aku pulak hahahahha. Before kahwin tak pernah jumpa dgn ayah tetiba lps khwin terkejut tgk ayah aku ni agak tua, pendek and kepala botak tengah.  Hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahah mimpi ngeri tetiap malam agaknya..tu yang dah tak sanggup nak tahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh mcm cte hindustan.. Bala tajuk cte tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065668 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list