CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2745|Reply: 4

[Tempatan] Ibu terlantar sakit saksi anak perempuan dibunuh penyamun

   Close [Copy link]
Post time 2-11-2020 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode



Hulu Terengganu: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Abang mangsa, Mohd Zaid Azroi, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi Syuhada ketika dia sedang bekerja di Kampung Bukit Payong.

"Adik (Siti Nur Surya) dibunuh kejam dengan beberapa kesan (tikaman) dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

"Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan berdasarkan petunjuk kes ini dipercayai dilakukan oleh seorang individu.

"Barangan yang hilang membabitkan wang tunai. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2020 04:12 PM | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 05:25 PM | Show all posts
kesiannya....cantik arwah

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 05:45 PM | Show all posts
Thread dah ada
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1221733

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.059546 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list