View: 1424|Reply: 7
|
Suami Terlampau Sibuk, Bini Curang Dengan 300 Lelaki
[Copy link]
|
|
Terlalu kesepian disebabkan suami sibuk bekerja, seorang isteri tergamak bermain kayu tiga.
Bukan hanya seorang, sebaliknya wanita dari wilayah Jiangsu, Beijing, China itu curang dengan 300 orang lelaki.
Menurut media tempatan, wanita yang dikenali sebagai Zhang itu sudah pun mempunyai dua anak.
Namun disebabkan kemurungan, dia mencari jalan untuk mengisi kesunyian dengan mencari kekasih di media sosial.
Ia bermula sejak tahun 2017 lagi apabila dia membuka akaun palsu menggunakan nama Zhou Mo dan mendakwa dirinya serang ibu tunggal bagi menarik perhatian lelaki.
Gambar Hiasan
Difahamkan, dia begitu bijak menggda biarpun tanpa mendedahkan wajah sebenar.
Dia turut mengambil kesempatan dengan meminjam wang daripada mereka dengan cara meraih simpati.
Antara alasannya adalah untuk membayar rumah sewa, membiayai rawatan perubatan dan menguruskan anaknya.
Hasilnya, dia berjaya meraih sekitar 400,000 yuan (RM249,000) daripada semua teman lelakinya itu.
Penipuannya terbongkar apabila salah seornag teman lelaki membuat laporan polis.
Zhang ditangkap dan mengaku membelanjakan sebahagian wang untuk berjudi secara dalam talian.
Zhang akhirnya dihadapkan ke mahkamah pada Ogos lalu dan dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun lima bulan dan didenda sebanyak 40,000 yuan (kira-kira RM25,000). -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kan elok menceburi bidang pelacuran saja.. |
|
|
|
|
|
|
|
curang pada istilah aku dah jumpa dan ada pegang2. ni muka sebenar pon pakwe tak tahu. ayat sebenar scam jekk |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah sunyi
Macam.macam terlintas di fikiran
Beijing scam |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman: Kan elok menceburi bidang pelacuran saja..
Dah itu lah yang nak diberitahu.cuma cerita berlapik dan sopan. |
|
|
|
|
|
|
|
Terlampau teruk ni dah sama level macam pelacur. |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
| |
|