CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3904|Reply: 13

Lepas Mandi Kolam, Kena Mandi Air Bersih Semula? Ada Bahaya Menanti Jika Tak Ama

[Copy link]
Post time 26-10-2020 12:33 AM | Show all posts |Read mode





Rasanya ramai dalam kalangan kita yang mempunyai hobi berenang dan bermain di dalam kolam mandi bukan?
Ya, ia merupakan antara salah satu aktiviti yang sangat digemari ramai ekoran manfaatnya yang seronok dan sihat!
Pun begitu, kalian perlu tahu bahawa ada perkara yang perlu dibuat selepas beriadah di kolam mandi iaitu mandi semula air bersih seusai berendam lama dalam kolam renang.
Kenapa? Jom sama-sama kita ikuti artikel untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih lanjut!


Sebersih mana berendam dalam kolam mandi?

Persoalan ini pasti pernah berlegar dan bermain di fikiran anda setiap kali ingin memasukkan hujung kaki ke dalam sebuah kolam air, tidak begitu?
Sebenarnya, tahap kebersihan sebuah kolam itu sangat bergantung kepada lokasi, situasi serta penyelenggaraannya.
Jika ia hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa diselenggara, maka sudah pastilah air takungannya juga adalah kotor.
Selain kotor, kolam juga mungkin akan menjadi perumah kepada beberapa jenis kuman, bakteria atau virus yang berpotensi menjangkiti perenang.
Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh laman sesawang Swim Guide, antara mikroorganisma yang biasa terdapat di dalam kolam air adalah:

  • Cryptosporidium
  • Giardia
  • Shigella
  • Norovirus
  • E. coli O157:H7



Apa yang membimbangkan adalah mikroorganisma di atas ini mungkin boleh jadi pencetus pelbagai penyakit Recreational Water illnesses (RWI).
Selain menjejaskan kulit, RWI juga akan memberi kesan kepada sistem pernafasan, pencernaan, neurologi, telinga, mata serta jangkitan pada luka.
Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) pula memaklumkan bahawa RWI yang paling biasa berlaku kepada perenang adalah cirit-birit.
Menurut kajian itu lagi, perenang mungkin akan tertelan air kolam yang mengandungi mikroorganisma berikut sebanyak 1 sudu kecil (dewasa) dan 2 ½ sudu kecil (kanak-kanak).
Adakah anda mahu perkara ini terjadi kepada anda?


Klorin kolam renang adalah penyelamat?

Ekoran itu, semua kolam mandi perlu diselenggara dengan baik agar mikroorganisma ini tidak mampu membiak dan merebak kepada perenang.
Cara yang dilakukan oleh hampir semua penyelenggara adalah dengan menukar dan merawat air kolam menggunakan sejenis bahan kimia bernama klorin.
Buat anda yang mungkin belum tahu, klorin berfungsi membunuh mikroorganisma dan akan lebih berkesan jika tahap pH air tersebut ideal.
Kebiasaannya tahap klorin yang digunakan di dalam kolam adalah sekitar 1.0 – 3.0 ppm dan akan disesuaikan dengan tahap pH air.
Sekiranya kedua-duanya ideal, maka mikroorganisma dalam kolam mandi mungkin akan dapat dibunuh dengan lebih efektif.





Pun begitu, kadangkala ia mungkin tidak mampu berfungsi dengan berkesan ekoran keralatan penyelenggaran atau kekuatan mikroorganisma itu sendiri.
Jadi bagaimana cara untuk memastikan kalian kekal selamat ketika berada di dalam kolam renang?


Mandi selepas bersuka ria di dalam kolam mandi

Pernahkah ibu bapa kalian menegur anda agar mandi semula sejurus keluar sahaja dari sebuah kolam renang?
Jika ya, maka mereka mungkin telah mengeluarkan nasihat yang terbaik kerana kenyataan itu ada benarnya!
Ya, kita semua perlu mandi semula di bilik air rumah sendiri selepas bersuka ria di dalam kolam ekoran 3 sebab utama ini:


#1. Klorin tidak mampu bunuh semua kuman

Seperti yang telah dinyatakan di atas, klorin memang digunakan di dalam semua kolam mandi untuk membunuh kuman, bakteria dan virus di dalamnya.
Pun begitu, tidak semua mikroorganisma ini akan terjejas ekoran kekuatannya untuk bertahan lebih lama.
Menurut kajian, parasit Cryptosporidium boleh hidup dalam kolam mandi dengan klorin selama lebih 10 hari.
Jadi ia bukan satu jaminan yang kuat untuk kita semua bukan?


#2. Klorin itu sendiri adalah bahan toksik

Meskipun ia digunakan untuk tujuan menyelamatkan kita daripada mikroorganisma kolam renang, ketahuilah bahawa klorin itu sendiri adalah toksik.
Apabila klorin bercampur dengan bakteria semula jadi tubuh badan kita, ia akan menghasilkan halogenated by-products (HBPs).
Disebabkan itu, anda sangat disarankan untuk mandi selepas bahkan sebelum memasuki kolam air!






#3. Membunuh kesemua mikroorganisma secara total

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, klorin memang membantu tetapi hanya sedikit sahaja dan bukan secara total.
Bagi menyempurnakan tahap kebersihan dan kesihatan anda selepas berekreasi di kolam air, caranya adalah dengan mandi semula.
Mandi semula dengan menggunakan air dan sabun dapat membunuh semua mikroorganisma yang telah melekat pada kulit atau rambut anda.
Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.


Berhati-hati mandi di kolam renang!

Akhir kata, adalah tidak salah untuk kalian bersuka ria di kolam renang kerana ia ternyata aktiviti yang seronok dan sihat.
Pun begitu, ketahuilah bahawa air takungannya mungkin tidak sebersih yang kita sangka jadi kita perlu mandi semula selepas itu.
Ini juga termaktub jika anda mahu mandi air laut, tab panas dan sebagainya kerana kita tidak tahu mikroorganisma yang wujud di dalamnya.
Jadi, amalkan perkara ini – mandi semula selepas mandi dalam kolam berisi air takungan!




Sumber : hellodoktor.com




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2020 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak silap i mcm pernah dgr kes ada budak mandi swimming pool then koma sbb terkena jangkitan kuman. Apa2 pon harap semua berhati hati. Thanks tt
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Beriadah kat kolam ni pun bole buat rambut rosak {:yameteh
Gigih la nak kena sarung swimming cap
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
fishcracker replied at 26-10-2020 07:38 AM
Beriadah kat kolam ni pun bole buat rambut rosak {:yameteh
Gigih la nak kena sarung swimming cap

Kan.....lagi2 kalau bau klorin kuat...mmg obviously rambut pastu jd kejung...SG kalau g bercuti2/mandi pool memang akan bawak conditioner n syampoo rambut...nak kasi cuci n lembut kan semula rambut
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
fishcracker replied at 26-10-2020 07:38 AM
Beriadah kat kolam ni pun bole buat rambut rosak {:yameteh
Gigih la nak kena sarung swimming cap

ye... rambut keras.... sbb air kolam adq klorin kot?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 26-10-2020 07:40 AM
Kan.....lagi2 kalau bau klorin kuat...mmg obviously rambut pastu jd kejung...SG kalau g bercuti2/m ...

Tula pasal...shampoo pun carik kat salon baru jalan,rambut lembut balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2020 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 26-10-2020 07:47 AM
ye... rambut keras.... sbb air kolam adq klorin kot?

Ha ah la kan,sebelum sarung cap buh hair conditioner,lepas sudah mandi kolam tu cuci bersih dengan shampoo
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 10:37 AM | Show all posts
Kalau riadah kat sungai lagi nikmat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2020 11:00 AM | Show all posts
Biasanya lepas mandi kolam memang kena mandi balik
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 01:38 PM | Show all posts
kurang suka mandi kolam sb kena bilas ng mineral water dlu sementara balik rumah n mandi mcm biasa. kalau tak nt rambut keras dan kejung.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 02:23 PM | Show all posts
geli aku nak mandi kolam nak pulak yg ramai ummah... ntah berapa ramai kencing..kentut cirit dalam air tu.belum campur air kudis..kurap...kerak2 bontot.pastu ko tertelan air??wekkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas iol ckp kat anak2 mandi ramai2 dlm kolam bahaya takut ada yg kencing dlm air, pastu korang pun tersedut tertelan masuk mulut, terus trauma taknak terjun kolam renang dah. Hahahahah

Melainkan takda orang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:18 PM | Show all posts
setuju sangat. mandi semula. macam bau busuk kot kalau tak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitaorg mmg disuruh mandi shower yg ada dkt kolam tu lps main dlm pool. Bkn pandai pun berenang, tp nk gak main kt pool dulu masa2 muda. But betul la klorin tu ada efek to the hair kot. My hair dulu tebal, lebat. Lps mandi pool tu, dah x setebal & selebat dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.529510 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list